Tegur Blog Orang Lain

Tegur blog orang lain? Layakkah aku menegur blog orang lain. Aku rasa aku tidak layak. Aku pon masih baru dalam bidang blog ini. Jadi aku rasa serba salah untuk tegur atau bagi pendapat takut orang akan berkata, berlagak bagus la ini orang. Macam la otai blogger.

Advertisement

Tapi selalu juga aku ada nampak benda tidak betul atau ingin bagi pendapat, tapi nasib baik dihalangan oleh rasa sedar diri. Jadi aku ambil langkah, tegur dalam ati. Itulah selemah² iman . Lagipon takut keluar ayat keramat, “suka ati aku la, aku punya blog. Ape ko kesah”.Kadang² sesetengah orang memang tidak boleh terima pendapat orang lain atau berasa terhina gile bila orang tegur. Sebab itu aku tidak mahu tegur kalau aku tidak kenal orang itu jenis macam mana.

Tapi bagi yang mana aku kenal, aku akan tegur secara private takut dia rasa terhina. Tetapi still aku rasa bersalah, coz aku rasa mesti dalam ati dia akan berkata. Sape mamat ini untuk tegur aku? Blog sendiri visitor tidak sampai 50 orang sehari. Ade hati mau tegur aku.huhu..Jadi untuk langkah selamat buat tutorial. Maka, sape makan cili terasa pedasnya.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

13 thoughts on “Tegur Blog Orang Lain

  1. yeah betul tu, cara yang senang kita buat tutorial.. biar orang ‘kena’ tu bila baca tentu perasan dan panasss.. heheh.. tapi kita tegur tuk kebaikan diorang..

  2. yup…xsemua orang rela ditegur… sebab masing2 ada ego sendiri :)
    sis kalo nampak blogger (yg agak dikenali) buat kecoh dalam blog memang sis tegur jer laaa.. antara dia nk terima atau tak..
    then kalo ade yang mintak pandangan atau teguran baru sis tegur..
    kalo x, lalu dan tinggal jejak, close :)

  3. kalau bagi idea pun xleh ke?
    kalau aku tak kesah pun kalau kena tegur. Tapi ayat kene betulla. Komen n tegur tuk improvement ok jer

  4. tak pernah lagi tegur org..tapi dh beberapa kali ditegur oleh rakan2 blog.. bukan dari segi penulisn, tapi template blog dsbg..

  5. Tak salah beri pendapat. Tak kira orang baru atau orang lama. Yang penting kita menaikkkan taraf blogger ke satu tahap yang amat membanggakan. Buat teguran asalkan ia membina.

  6. meh komen kt blog aku gk..aku edit sket2 je semlm..ada tak kena, leh je bgtao..dok reti sgt la nak men ngn coding2 nih..

  7. ha macam ni aku suka.orang dah bagi keizinan tu.hehe..ok bro, nnt aku selongkar blog ko cari error.Kalau aku tak bagi tau ape2 tu means x der cacat cela.Kalau ade itu lumrah manusia

  8. anak perak jom tegur blog bunbun
    boleh repair mane2 yg tak bagus. hehehe:D

    aku dok blogwalking kat GB ni asal tajuk best2 je, mesti blog ni hahahahahaha. ini satu pujian XD

Leave a Reply