@Tag Trend Pengiklanan Baru

Assalamualikum. Selamat petang semua. Panas petang ini sebab hujan tidak turun. Hendak keluar, sen pulak tak der. Tunggu gaji isnin ni. Punya lama giler. Internet pulak tahap slow giler, tunggu 28hb ni untuk quota dan speed kembali kepada asal. Selepas ini aku akan mengawal penggunaan internet aku.

Advertisement

Tengah layan² Facebook aku tengok dekat wall banyak iklan² skim cepat kaya. Tapi bukan diorang punya iklan tapi iklan orang lain dan di tag atas nama dia. Jadi friend dia akan melihat iklan tersebut. Makin bijak golongan ni menyalahkan kemudahan yang diberikan. Aku pernah juga pernah kena dengan aktiviti tag iklan ini tapi bila aku sedar aku akan remove tag. Tapi bila kesalahan berulang, aku remove orang tu dari senarai friend aku.

Itu kes di Facebook. Di Tweeter juga tidak kurang meriah juga aktiviti pengiklan secara percuma ini. Dia follow kita di tweeter untuk memudahkan dia tag kita untuk iklan² mereka. Tapi di twitter aku memang tidak beri peluang langsung. Sekali buat hal, aku terus declare sebagai spam terus.Dalam chatbox tak payah ceritalah benda dah lama. Sudah bersepah² iklan.

Aku nasihatkan orang² yang terlibat ni baik hentikanlah. Buat semak jer. Pada orang² lain, korang janganlah layan benda² macam ni. Kalau nampak, buat dek jer. Kalau korang layan, korang akan menggalakkan mereka meneruskan aktiviti ini. Jadi sama² kita hentikan.

8 thoughts on “@Tag Trend Pengiklanan Baru

  1. seb bek gaji kau isnin ni. tunggu je la esok. den ni haa.. isnin SATU LAGI minggu.. macam mano eh?? tahan je laa..:D
    .-= Post terakhir blog ReD : ~ SELAMAT HARI LAHIR AYAHANDA (^_^) ~ =-.

Leave a Reply