Sorry: Senang Diluah Susah Ditelan

Selmat Pagi semua. Sudah breakfast ka? Aku belum lagi, lepas ni baru mau masak. Special sikit breakfast aku nak masak hari ni, megi masak asam pedas.hehe..Malas keluar pergi beli. Cuaca di luar masih mendung. Awal aku bangun hari ni? Ye la malam tadi tido agak awal juga lah sebab malam tadi hari penuh emosi.

1st aku hendak ucapkan terima kasih kepada commentar di post : Cara Meluahkan Perasaan Cinta dan tweetar sebab memberi pendapat dan sokongan. Aku hargai pandangan dan pendapat korang. Malam tadi telah ku luahkan apa yang patut tapi telah ditolak. Walaupon dalam hati ada taman, tapi jiwa gua kental der. Jiwa rocker la katakan.haha..

Advertisement

Sorry, perkataan paling senang diluahkan. Dengan sorry korang rasa semua masalah boleh diselesaikan dengan begitu sahaja dan dengan sorry korang rasa orang yang mati boleh hidup balik. Kalau perkataan sorry sedasyat itu aku rasa tiadalah pergaduhan, perperangan dan pembunuhan. Aku rasa mahkamah dan lokap pon tutup kalau perkataan sorry boleh membetulkan semua keadaan.

Sesetengah orang ringan mulut meluahkan perkataan sorry tapi ada pula yang agak susah. Hanya dia sahaja hendak menang, hanya dia sahaja yang betul. Tapi ada orang ringan mulut untuk bercakap sorry walaupon kesalahan berulang banyak² kali sampai orang naik muak.

Tapi berapa orang yang boleh terima perkataan sorry tu? Aku rasa tidak ramai, tambah² melibatkan hati dan perasaan. Example la, dia langgar orang yang kita sayang dan say sorry then bla. Sapa tidak sakit hati der. Sekurang² hulurlah duit bantuan atau serah muka untuk ditumbuk atau disepak. Baru rasa lega sikit orang tu.

Oleh itu ringankan mulut untuk bercakap perkataan maaf bila kita betul² mengakui kesalahan kita. Jangan kita meminta maaf dari hati yang tidak ikhlas sebab orang dapat rasa ketidak ikhlasan kita. Itu sahaja tazkirah di pagi sabtu ini. Perut sudah lapar, aku mau masak.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Sorry: Senang Diluah Susah Ditelan

  1. cam tue la kes yang terjadi kat adik bro yang dibelasah oleh orang mabuk time nk wat bancian penduduk…

    kat balai polis dok cakap sorry je.. nie tgh nak failkan saman..tp xtau la jadi ke x he..23x

    bro sepanjang luahkan xpernah direject.. tp banyak gak orang yg meluahkan terang-terang bro reject
    .-= Post terakhir blog Bro Framestone : [Breakfast]Nasi Goreng Sambal Petai =-.

  2. cian diaa..T__T

    xpe2.. usaha lagi. dapat lah tu nnti :D
    .-= Post terakhir blog ReD : ~ SELAMAT HARI LAHIR AYAHANDA (^_^) ~ =-.

Leave a Reply