Silent Reader

Shhh..dia bukan stalker, dia silent reader. Korang perasan tak korang apunya blog ade silent readers? Mesti la x perasan, nama pon silent. Are you sure about that? Kita boleh perasan la silent reader. Macam mana nak tau sebab silent reader ni bukan jenis tinggalkan ape2 jejak sama ade di chatbox atau di comment. Tapi diorang meninggalkan jejak kat jumlah visitor.

Advertisement

Korang boleh perasan silent reader ini dgn jumlah visitor tinggi, tapi comment kurang, keywords pon kurang dan referral pon kurang. Aku ni kadang2 jadi silent readers kat sesetengah blog. Aku minat giler baca post dia tapi aku jarang tinggalkan jejak ataupon tidak meninggalkan jejak langsung.

Korang suka tak readers jenis ini? Kadang2 orang tak suka sebab tengok comment sendiri sedikit berbanding orang lain.Macam tidak meriah jer blog sendirikan. Bagi aku, aku tidak kisah janji ade orang hargai hasil penulisan kita. Itu sudah cukup memberi galakkan untuk kita menulis. Kalau tiada pon, kita menulis untuk diri kita sendiri. Dah itu kita minat, kalau tidak minat jangan jadi blogger. Buat la kerja lain.Ok sambung lik tengok cite Blogger Boy S1.Dah addict, 20 episode habiskan satu hari.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Silent Reader

  1. xpnh tgk blogger boy, best ke? recommended x?

    Anak Perak : Serius best.Cite ni kat 8tv dah msk session 2.Tapi aku cdgkn ko tgk dari awal.takut x phm

Leave a Reply