SIC : Hati² Sos Berjenama Prego

Terms baru aku guna. SIC? Apa tue? Sharing is caring.hehe..Ini aku hendak share dengan korang email menjengah di inbox aku. Pagi ni baru aku bukak. Emailnya berbunyi Bergini:

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Advertisement

Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.
Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls……dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit……

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama
Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.

Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla….. … pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim…….. …….. saya masak speghetti dan saucenya
mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi…….. ……… kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya bersihkan perut yang termakan babi…… tolonglah sampai sekarangrasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “SIC : Hati² Sos Berjenama Prego

  1. pernah dpt email ni…thanks for sharing..
    .-= Post terakhir blog Mummy Dasy : Selamat Hari Guru =-.

Leave a Reply