Saiz Font Kecik Sangat

“Saiz font kecik sangat der.Besar la sikit”. Lepas tu dah besarkan, dapat comment lain lak “Besar giler font ni, orang buta pon leh nampak”.Habis buat ini tidak betul, buat itu tidak betul. Kita nak ikut cakap siapa sebenarnya?Pernah dengar cerita seorang ayah,seorang anak dan seekor keldainya. Cerita itu lebih kurang macam ini la.

Setiap orang ada pandangan dan pendapat sendiri. Bila kita tidak ikut, akan dikatakan sombong la. Tidak mahu ikut cakap ler, Berlagak bagus. Habis dalam soal ini korang hendak buat macam mana? Mahu buat macam website  lak.,ade button kecik beso font. Kalau nak, aku boleh kasi coding. Siap ada function untuk kurang upaya pon ada.Tapi agak² la. Ini juz blog bukan website or portal.

Advertisement

Bagaimana kita hendak memilih saiz font yang sesuai untuk semua pengguna. Korang tahu atau tidak bahawa saiz font bergantung pada resolution komputer tersebut. Jika resolution rendah, maka diorang akan nampak saiz font kecik dan sebaliknya. Mana kita hendak penuhi pemintaan, adalah kumpulan majoriti atau golongan minoriti?Sudah tentu adalah golongan majority.

Macam mana kita hendak tahu golongan majoriti kita pakai saiz resolution berapa. Ha itu lah function Webmaster dan Analytics Tools dari Google. Korang bukan Google Analytics. Menu visitor – Browser – Screen Resolution. Bila dah tau majoriti pakai ape korang set screen resolution korang ikut itu. Then tengok saiz font. Kat mana hendak ubah? Tengok kat coding template korang then cari perkataan font-size: Ubah ikut selera korang.

P/S : Mau balik perak lepas ini. Kalau internet kat kampung ok, aku akan update blog aku.Aku tengah test comment baru ini. Jika korang rasa menyusahkan atau ade problem bagi tau yer.Doakan aku selamat sampai

Leave a Reply