Ryan Seacrest & Emi Seacrest di Fly Fm Esok


Ryan Seacrest

Ya rasanya tidak perlu aku memperkenalkan lagi dengan Ryan Seacrest. Seorang personaliti radio, host dan producer yang berasal Atlanta. Rancangan tv yang dihostkan oleh dia memang cukup popular iaitu E! News, ala yang selalu keluar di channel AXN tu dan rancangan yang melonjakkan nama dia ialah American Idol.

Advertisement


Emi Seacrest

Sekarang aku perlu memperkenalkan korang dengan Emi Seacrest sebab mungkin korang tidak kenal. Sebab dia tidak pernah keudara sebab gayat menaiki kapal terbang. Emi Seacrest berasal dari Perak dan seorang blogger dan bukannya pengacara atau selebriti. Cuma yang menyamakan mereka adalah Emi Seacrest dan Ryan Seacrest sama-sama hensem. haha.. Perasan hendak mampus.

Ya sebelum aku merepek lebih lanjut, aku hendak bagi tahu korang yang Ryan Seacrest akan keudara mulai esok hari dari jam 1 petang hingga 4 petang setiap isnin hingga jumaat di Fly Fm. Ya percayalah wahai gurlz sekalian, mamat hensem ini akan menjadi pengacara di Fly Fm. Tetapi Emi Seacrest yang lagi bergaya akan sentiasa online hampir 24 jam untuk peminat di seluruh dunia. Yang aku heran kenapa Emi Seacrest tidak popular.haha..

P/S : Sapa mau muntah baik muntah sekarang, jangan pendam.haha..

Ops..aku lupa lagi satu. Untuk gambar DiGi Angels Party: Break Free with DiGi aku telah upload di Facebook. Korang boleh tengok dulu sebelum aku buat post pasal tu. Klik –> SINI

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Ryan Seacrest & Emi Seacrest di Fly Fm Esok

  1. emmm..1st baca kat post fb.pelik n heran sape ler Emi Seacrest nie.ingatkan adik ryan ke per.hahaha..per pun title anda itu sangat mengujakan shayer.(terpaksa click link itu utk tahu ngn lebih lanjut)..hoho

  2. time aku tgk title, aku terus berazam nak kutuk kau bila komen..
    tapi, bila komen aku terus terdiam kejap..sebab aku patut menerima hakikat…yang kau memang seorang yang perasan.

    teruskanlah..hehehe
    .-= Post terakhir blog Cik Norfa : alahai Anis. =-.

Leave a Reply