Reviews : Iron Man 2

Aku tengok cerita ini petang semalam. Awat aku malas sangat untuk buat reviews cite ni? Entoh, mungkin cerita ini tidak cukup gempak bagi aku. Tapi memang ramai orang nak tengok, nak book jenuh aku tengok tiap² hall yang mana kosong. Sampai kat cinema lagi la, beratur panjang. Aku dengan muka senyum x payah beratur sebut no terus dapat ticket.haha..

Advertisement

Korang ni ape la susah sangat nak beratur panjang² kan ade book online. Xkan tak reti guna kot?Aku rasa majoriti yang beratur tu mesti ada akaun maybank, jadi guna la perkhidmatan Maybank2u.Sanggup beratur, ish idok ler teman nak beratur.Tiba² beratur sekali bagi tau ticket habis, x ker tension dibuatnya.

Eh apa yang aku membebel ni bila nak reviews nya.Ok, cerita Iron Man 2 kesinambungan dari Iron Man 1. Siapa yang tidak pernah tengok Iron Man 1 baik korang tengok dulu yang 1 baru tengok yang 2 coz memang tidak paham watak.Lama juga cerita ni, start 1.40 habis hampir pukul 4.Kira la berapa jam.

Identity Tony Stark (Robert Downey, Jr.) sebagai Iron Man 2 sudah terdedah. Bebeza dengan super hero lain, Tony ini jenis berlagak dan suka menunjuk.Justin Hammer (Sam Rockwell) cemburu dengan kejayaan Tony dan ingin mencipta iron man tetapi tidak menjadi dan meminta bantuan Ivan Vanko (Mickey Rourke) iaitu anak kepada Anton Vanko yang sebelum ini menjadi partner kepada ayah Tony

Ivan mencipta Iron Drones dengan bantuan Hammer dan menyerang Iron Man. Apa terjadi selepas itu? Adakah Tony mati selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera Iron Drones dan War Machine yang dipakai oleh Lt. Colonel James Rhodes (Don Cheadle) yang merupakan kawan Tony. Korang saksikan sendiri. Tapi make sure booking sebelum pergi.Takut datang sia² coz ticket habis

Agak membosankan juga sebab banyak membebel dari aksi. Jadi menyebabkan jalan cerita agak hambar.Jadi cukuplah aku beri 3 bintang untuk cerita Iron Man 2.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Reviews : Iron Man 2

  1. ko dah tengok ke..awatnye tak gempak?
    isskk..aku pi cineleisure hari jumaat..sold out..gi times square hari sabtu beratur kemain panjang…
    takkan tak best kot! tu ar..aku rasa sebb ko tak ajak aku tu…sbb tu tak gempak! hahaha

    Anak Perak : Memang nak ajak ko tapi dah ko kata ko sibuk.haha..dan2..tny pon tak

  2. tak dapat nak tengok sebab dah jauh dari kl daa.
    3 bintang je??
    kalo camtu,tunggu dvd keluar kot jawabnya.

    Anak Perak : eh,kat kl jer ker ade cerita ni?

  3. setuju, silalah beli tiket guna m2u. senang, takyah beratur panjang2.

    aku x tgk ironman 1st, tp aku still enjoy yg 2nd ni. ni baru nak carik dvd ironman yg 1st. hehe

    overall, aku bg 4 suku bintang. ;)

  4. aku xpeduli, aku nak kata iron man 2 best jugak.. just fine as the first iron man. psl yg bnyk ckp and less action tue aku agree..duration agak pnjg gak 2hr 4min..ehh, pnjg lak komen, silap2 aku buat review kt sini lak

Leave a Reply