Piala Thomas Hanya Angan²

Semalam aku meluangkan masa berkualiti aku untuk melayan perlawan badminton Malaysia bertemu China. Perlawanan dimulakan dengan Datuk Lee Chong Wei memenentang Lin Dan. Aduh, memang aku akui memang China menguasai gelanggang walaupon mereka berada ditempat orang.

Advertisement

Aku dapat rasakan Datuk LCW berada dalam tekanan sebab bayangan berapa ribu penyokong Malaysia pada malam tadi. Kalau aku la, kompem aku gabra gila sebab merasakan kita perlu menang untuk memuaskan hati peminat. Tapi aku respek dengan kesungguhkan Datuk LCW.

Kekecewaan diteruskan dengan pasukan bergu lelaki. Masa kearah kekalahan tu, aku tidak sampai ati hendak tengok. Ish2..tak sanggup tengok kekalahan Malaysia. Aku terus tengok channel len. Then mendapat tahu Malaysia sudah kalah. waaa…sedihnya. Bila la kita dapat merasa lik Piala Thomas yer, dah la pelapis pasukan badminton negara tak der. Takkan nak harap Datuk LCW. Umur dia bertambah gak, sampai bila dia boleh bertahan. Erm..entah la…

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “Piala Thomas Hanya Angan²

Leave a Reply