Mari Kita Hentikan Hotlink

Lama gak aku peram benda ni sebab aku tengah cari ayat yang sesuai untuk terangkan kat korang pasal benda ni. Susah gak buat tutorial ni macam buat buat buku pembelajaran untuk pelajar sekolah. Seperti yang aku janjikan pada korang dalam post Apa Bandwidth Limit Exceeded!, bahawa aku hendak bercerita tentang Hotlink.

Aku bukan hendak bercerita tentang Hotlink line Maxis tu, aku hendak bercerita tentang hotlinking. Tutorial ini untuk mereka yang menggunakan hosting sendiri. Seperti yang aku ceritakan dalam Apa Bandwidth Limit Exceeded!, masalah bandwidth ini berpunca dari pencuri bandwidth.

Advertisement

Bagaimana dia mencuri bandwidth kita. Mereka menggunakan image kita dan diletakkan didalam blog tanpa hostkan ketempat lain. Example, kita search kat google then kita jumpa image yang kita nak. Lepas tu kita tekan right click dan ‘Copy image location’ then letak link tu kat blog kita.

Kalau sorang dua yang buat macam tu tiada masalah, cuba imaging kalu beratus orang buat macam tu then siap ping kat Facebook or Geng Blogger. Rugi giler bandwidth kita tapi jumlah visitor tidak bertambah pon. Jadi aku bagi cara untuk menghentikan aktiviti tidak bermoral ini.

Login ke akaun cpanel korang. Pergi ke security dan click HotLink Protection. Rujuk gambarajah di bawah

Lepas tu terpapang screen seperti gambar di bawah

  1. Tekan button enable
  2. Masukkan url yang membenarkan gambar tersebut digunakan. (Contoh : http://anakperak.com)
  3. Masukkan ext file untuk image yang hendak di protect (Contoh : jpeg,gif,png)
  4. Letakkan url bila orang gunakan image tersebut. Seperti contoh aku, aku menggunakan image seperti dibawah. Jika korang hendak menggunakan image, pastikan korang hostkan image korang kat tempat lain dan bukan menggunakan hosting sendiri.(Contoh : http://lh3.ggpht.com/_eeV_tOUbPJY/S-0FkeMghcI/AAAAAAAABIo/Ep6fuIcjUEM/s144/hotlink_warning.jpg)

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Mari Kita Hentikan Hotlink

  1. aku buat benda ni tapi gambar2 aku tetap ada orang buat hotlinking. pelik aku…
    .-= Post terakhir blog Amir Said : Amir Said Berpindah ke Rumah Baru Bhg 1 =-.

  2. alo2 cian…itulah sebab kenapa aku tak nak amik hosting lagi…haha
    .-= Post terakhir blog Bean Moreno : ENTRI PEMBUKAAN PADA HARI ISNIN – MENTOR + AF8 =-.

Leave a Reply