Konvokesyen UiTM 72 : Apa Perlu Anda Tahu

Hari ni nasib baik aku datang awal, ye la mau breakfast kat mcD. Kenapa aku kata nasib baik? Ye la hari ini bermulalah convo UiTM, bila mula sahaja convo maka bermulalah aktiviti merebut parking dengan mak bapak. Aku yang sampai awal dalam pukul 7.30 pg hampir parking sampai ke kerak bumi. haha.. hyperbola gile.

Advertisement

Tapi entoh la, pagi ni emo kurang walaupon jalan sesak. Mungkin sebab awek² yang datang convo boleh tahan lawanya. Sejuk mata memandang.hak3.. Sape yang baru 1st time convo kat sini, untuk pengetahuan korang dewan Sri Budiman ni memang kecik. Hanya muat untuk graduan dan beberapa orang tetamu jemputan yang datang awal. Selebihnya akan layan skrin kat dewan Annex. Jemputan untuk dua orang dan yang tak der jemputan tu akan ditempatkan di khemah kenduri kahwin.

Jadi korang tu, jangan la mengada-ngada hendak bawak budak² yang tidak paham ape² atau warga emas sebabnya aku kecian la tengok mereka. Korang pahamkan cuaca malaysia ‘sejuk’ macam kat London. Adik aku ari tu follow convo aku dan duduk luar, hilang 1Kg sebab cair sume lemak² dia. Aku rasa tidak perlu la, bawak satu kampung. Baik korang beli DVD dan buat tayangan amal kat kampung korang.

Pesanan yang paling penting. Sila ikut arahan pengawal keselamatan. Kalau mereka suruh parking dekat situ, parking la kat situ. Jangan buat keras kepala sebab korang akan menyusahkan orang lain. Parking dekat uitm ni untuk staf pon tidak cukup, inikan ditambahkan dengan korang. Bukan susah pon, semua kemudahan telah disediakan. Shuttle bus berlambak² untuk korang naik, bukan suruh jalan kaki pon.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Konvokesyen UiTM 72 : Apa Perlu Anda Tahu

  1. amboiii..mewah betul selalu bfast makan makanan McD.. ;p
    .-= Post terakhir blog ReD : ~ SAH! ADA KETUMBUHAN PADA KEPALA AKU ~ =-.

Leave a Reply