Jutawan Dengan Blog

Baru² ini Red Mummy mendedahkan kekayaan dia dalam berblog. Dengan rahsia ini terdedah baru mereka tahu bahawa mendapat duit dari berblog adalah bukan cerita dogeng rakyat ataupun tahyul.

Advertisement

Ada yang tanya aku, “Ko ade blog yer?”.Aku cakap ya.”Aku dengar cerita dengan blog ni boleh dapat duit”.Aku balas ya.”Berapa ribu ko dah collect?”. Adakah ini soalan memerli atau soalan ingin tahu?Aku balas la, setakat blog picisan macam aku yang visitor tidak sampai seratus sehari dapat beribu-ribu ringgit memang satu pembohongan. Ape korang ingat aku bukak skim cepat kaya ker.

Ramai berminat untuk bukak blog tapi tujuannya satu, untuk mendapat duit semata-mata.Ape? Korang fikir senang² macam tu jer ker boleh jadi kaya dengan bukak blog jer. Mana ada perkara mudah dalam dunia ni. Semua kena berusaha. Kalau guna cara kotor itu lain cerita, itu antara dia dengan tuhan.

Ada yang mintak tolong dari aku macam mana nak bukak blog. Aku tny lik, ko nak bukak blog utk apa? Kalau untuk duit semata² baik hentikan.Takut korang akan putus harapan kalau tidak dapat hasil setelah berblog.Then terus tutup blog tu coz x der mood. Jadi baik korang buat blog, memang korang betul² hendak berblog.Bak kata Bean, “kita buat apa yang patut dulu nanti duit datang lah”

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Jutawan Dengan Blog

  1. ala..ade orang berangan lagi buka fb sebab nak instant cash…tak tengok skrg dorg sibuk promote2 kat fb…menyampah la hai guna teknik2 downline ni..

    tp aku tahu ko ikhlas berblogging…ko nak luahkan perasaan ko kat blog kan kan kan..hahahahaha….

    Anak Perak : bukak fb utk instant cash?ade yer facebook buat instant cash.awat aku x tau.hampeh la ko,tp aku x letak password utk luahan perasaan aku.haha..

Leave a Reply