Giliran MIC Pula Huru-hara

Petang ini mari kita bercerita pasal politik pula. Sekali sekala perkencimpung dalam bidang politik apa salahnyakan. Mula-mula MCA sekarang giliran MIC, itulah politik Malaysia. Aku sebenarnya malas cerita politik, tapi bila tengok benda berlaku aku rasa macam mahu ketawa. Sebab apa? sebab aku rasa mainan politik ini macam permaninan budak-budak

Advertisement

Tengok sahaja perangai budak-budak. Sorang budak ni kata kamu bodoh. Lepas itu budak kena ejek itu akan membalas, kamu juga bodoh. Bergaduh mereka sampai habis persekolah. Habis saha sesi persekolahan, sampai dirumah diceritakan kepada ibunya tentang apa terjadi di sekolah. “Mak, tadi ada orang kata adik bodoh”. Mak dia cuma senyum, tapi tidak beri nasihat sebab beranggapan budak-budak bergaduh perkara biasa. Nama pun budak-budak mana faham apa-apa.

Macam itulah keadaan politik Malaysia. Orang ini kutuk orang itu, orang itu kutuk orang ini. Perangai budak-budak bawak sampai masuk ke dewan parlimen. Sampai budak sekolah terketawa menontonnya di televisyen lalu berkata kepada ayahnya. “Ayah,ayah, macam itulah adik gaduh dengan kawan adik di sekolah tadi”. Si ayah cuma mampu tersenyum. Tidak tahu hendak nasihat macam mana sebab yang bergaduh itu bukan budak-budak tetapi orang dewasa malah seorang wakil rakyat. Takut bila dijawab, anaknya akan tanya, “kenapa mereka macam itu ayah?” Siapa yang memilih mereka?” Udah, haru dibuatnya. Ayahnya pula dipersalahkan kerana salah memilih pemimpin.

“Malaysia, oh Malaysia”

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Giliran MIC Pula Huru-hara

Leave a Reply