Football=Adidas?

Bola sepak dengan Adidas tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku. Kenapa aku katakan demikian? Adidas terkenal dengan barangan sukannya. Bila hendak hendak beli barangan sukan, jenama yang pertama skali muncul dalam fikiran kita adalah Adidas. Adidas juga merupakan penaja utama untuk piala dunia. Bila datang piala dunia, pertama sekali orang tunggu-tunggukan ialah design bola yang akan diperkenalkan oleh Adidas.

Ingat masa zaman belajar dahulu. Bila Adidas mengeluarkan bola khas untuk piala dunia maka aku dan rakan-rakan akan mengumpul duit untuk membelinya. Bola itu digunakan untuk aktiviti riadah pada waktu petang. Kira habis bangga main pakai bola piala dunia.

Advertisement

Untuk kasut bola, cakap sahaja design macam mana korang nak. Tidak payah aku memperkenalkan lagi, semua orang tahu Adidas pengeluar kasut bola yang terkenal seantero dunia. Pemain-pemain bola terkenal dunia juga menggunakan kasut berjenama Adidas. Bila musim piala dunia ni, maka akan keluarlah pelbagai model kasut. Memang cantik dan menarik kasut keluaran mereka.

Jersi bola? Aku rasa hampir semua team mengenakan jersi Adidas. Kalau korang tidak percaya tunggu sahaja piala dunia nanti. Memang kalau bola tiada barangan Adidas, aku rasa macam tidak cukup lengkap. Seolah-olah coffee without sugar. Sebelum aku akhirkan entri aku ni, aku hendak menjemput korang ke

ADIDAS PURE GAME SOUTH AFRICA
Tempat : Mid Valley Megamall, Center Court.
Tarikh : 19-23 Mei 2010
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam


Episode 29

EPISODE 30

EPISODE 31

EPISODE 32

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Football=Adidas?

Leave a Reply