Trick Guna Mouse / Tetikus

Mouse zaman dulu menggunakan bebola, jadi korang kena service selalu untuk performance yang elok. Sembang macam cerita hal kereta jer. Dunia sudah maju, sekarang mouse sudah menggunkan optical. Ade lagi pakai bebola? Baik korang buang la, buat malu jer pakai tu lagi.

Advertisement

Ok, aku bagi teknik sikit cara menggunakan mouse ni. Itu kena ajar ker? Eh, perlu aku rasa. Bukan semua orang tau tentang benda ni. Aku pakai mouse yang ada 5 button. Pernah guna? Baik korang try, memang best kalau korang selalu browse internet. Tapi sekarang aku nak cerita yang 3 button.

  1. Button Kiri
  2. Kalau korang tidak tahu button kanan untuk ape. Memang korang baru keluar dari hutan mana. Macam mana tah korang boleh tersesat kat blog ni.Button kiri ini untuk membuat selection biasa.

  3. Button Kanan
  4. Button kanan untuk special function.Antaranya korang hendak melihat properties, send to dan pelbagai la. Untuk Windows 7, kegunaan right click telah digunakan sebaik mungkin untuk memudahkan pengguna. Korang boleh try right click kat windows bar kat bawah ni. Banyak menu akan keluar.

  5. Scroll WheelScroll Wheel ni yang kat tengah² tu. Ape fungsinya? Nama pon scroll, untuk scroll la. Itu pon nak bagi tau ker. Owh kerek yer.Selain itu?
    • Scroll
    • Benda ni korang pon dah selalu guna jadi aku tak payah cerita. Skip ke skill seterusnya.

    • Untuk gaya bebas / auto scroll
    • Korang click scroll wheel kat mana² screen then gerakkan mouse ke atas atau kebawah dan kekanan atau kekiri. Speed ikut berapa jauh gerakkan mouse korang.

    • New window / tab
    • Korang pergi link yang korang hendak bukan then click scroll wheel tu. Maka terbitlah window baru.

    • Back dan forward
    • Korang tekan shift. Jangan lepas then korang scroll keatas untu next page dan scroll kebawah untuk back page.

    • Zoom
    • Korang tekan ctrl. Jangan lepas then korang scroll keatas untuk zoom in dan scroll kebawah untuk zoom out.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Trick Guna Mouse / Tetikus

  1. salam..sampai hati cakap siapa guna mouse yang ada bola sila buang???bukan semua orang berduit macam awak tau..so nurul rasa ayat tu tak manis iyelah mana tau ada orang yang kurang berbasib baik masih menggunakan mouse sebegitu mahu dia tidak terasa, so selepas ni silalah fikir dulu yer sebelum mengarangnya..maaflah kalau komen nurul ni wat awak terasa..

  2. eh x ler, x terasa. tapi fikirkan logik jika mampu memiliki komputer maka mampu memiliki mouse. Lagipun selalunya apabila kita membeli komputer akan mendapat mouse free jenis optical(klu tak bagi kita mintak).Kita kena ikut peredaran zaman, mouse jenis optical tidak mahal mana. lagi murah dari kita topup. ok,sy mintak maaf kepada pengguna mouse jenis bebola. Saya cuma bergurau.

Leave a Reply