Bertaruh Untuk Piala Dunia 2010 Dibenarkan

Wah kerajaan hendak mengeluarkan lesen pertaruhan untuk Piala Dunia akan datang. Sebabnya bagi memenuhi permintaan kaki judi dan bagi mengelakkan kerajaan mengalami kerugian sebab aktiviti perjudian haram.

Advertisement

Erm, perlu ker buat macam itu? Macam menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjudi sahaja. Tidak meriah ker piala dunia tanpa pertaruhan? Tapi siyes la, member aku pon ada bertaruh untuk perlawanan bola sepak.Walaupon pertaruhan kecil, tetap haram jugak der.

Tapi apa nak buat, kita dah anggap perkara itu perkara biasa. Dari kecik telah diajar. Korang pernah tak main tikam? Masa aku kecik dulu memang popular gila. Kalau nasib korang baik sekali tikam korang dapat hadiah besar giler dengan bermodalkan berapa ringgit jer. Gian wo main benda ni. Memang abis duit belanja kat kedai aci tu.hak3.

Tapi itu dulu, sekarang tak dah. Ye la kecik² mana tau. Tapi aku macam tidak setuju la cadangan kerajaan itu. Cukup la kedai no ekor dah jadi kunjungan umat islam walaupon letak papan tanda berjudi adalah haram untuk umat islam. Tidak perlu menambahkan lagi dengan judi bermusim ini.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply