Apa Yang Best Ada Domain Sendiri

Selamat Tengahari semua. Lambat aku keluar post hari ni. Ye la, bila mood rajin aku tengah datang. Memang kalau orang ajak mengula pon aku buat dek. Tapi bukan senang dapat mood rajin ni. Bukan boleh main seru² macam tu jer. Dia datang dengan tiba² dan lenyap dengan tiba² jer.

Pagi tadi aku pergi office awal coz mau breakfast kat McD. Ye la, kupon breakfast set sampai 20hb ni jer. Rugi lak tak guna. Tinggal lagi satu tak guna lagi, cadang nak pergi esok. Tapi aku rasa esok mungkin aku tidak boleh pergi kerja awal sebab malam ni mau pergi tengok wayang cite descent 2. Tq Nuffnang sebab bagi ticket ni.

Advertisement

Ade orang tanya, ape yang best ade domain name sendiri ni? Ape yang best yer. erm..bestnya blog kita nampak komersial. Tiadal lagi blogspot.com atau wordpress.com atau tumbler.com di belakangnya. Hanya ada, nama yang kita hendak seperti anakperak.com.

Korang tahu tak, domain name ni boleh lelong. Alo macam kita lelong no plate kenderaan la. Sebab itu pemilihan nama domain itu memainkan peranan yang penting. Mana tahu dimasa akan datang, nama itu cukup komersial. Example la,korang buat nama domain korang AyamBrands.com. Tiba² satu company ni baru bukak dan nama company dia Ayam Brands. Lepas tu diorng nak bukak website, tp domain tu korang dah pakai. Jadi diorang terpaksa merayu kat korang. Korang mesti xkan nak bagi free² macam tu. Kompem la korang jualkan.

Macam hadiah anugerah Bintang Popular, korang perasan tak bila diorg bagi hadiah kereta plat dia ABP 2006,ABP 2007 dan seterusnya. ABP ni plat negeri perak zaman lama dah. Tuan punya no plate la untung coz dia boleh jual ikut harga yang releven. Lebih kurang konsep domain inilah. Kalau korang bijak memilih, insyallah akan dikomersialkan dimasa akan datang. Siapa tahukan. Ok la, siapa yang pergi tayangan the descent 2 malam ni, jumpa korang di sana.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Apa Yang Best Ada Domain Sendiri

  1. hoho…tgok cter seramssss…x leh tido malam la nnti..hehehe

    momokkk..ikut dia balikk..muehehehe
    .-= Post terakhir blog ReD : ~ SAH! ADA KETUMBUHAN PADA KEPALA AKU ~ =-.

Leave a Reply