Tips Sebelum Tukar Ke Hosting Sendiri

Morning. Adu pagi isnin.Macam biasa la, hari malas bagi aku. Mata ini macam x leh bukak jer. Sedawa pizza malam td pon x abis ye la set dua orang makan sorang.Giler ke apa.Siap berlebih.Eh ape aku melalut ni lari dari tajuk.

Kadang-kadang payah juga memilih hosting ini sebab yang murah tidak semestinya tidak bagus dan yang mahal tidak semestinya bagus.Untuk tidak memeningkan diri sebab itu mereka ambil keputusan untuk stay dengan hosting percuma.Bagi yang beringinan untuk berpindah aku bagi sedikit tips sebelum bertukar ke hosting sendiri.Tapi sebelum itu korang baca dulu Apa beza domain dan hosting bagi sapa yang tidak tahu.

Advertisement
  1. Domain Name
  2. Perlu la kena ada domain name sebelum korang tefikir untuk tukar hosting sendiri. Mana leh pakai .blogspot.com tu.Itu hosting orang lain punya.Tapi selalunya package hosting skali dengan domain name

  3. Harga
  4. Harga biarlah berpatutan dengan perkhidmatan yang mereka bagi. Jangan bagi perkhidmatan basic tapi harga sama dengan beli server sendiri.Melampau tu.

  5. Data Center
  6. Data center ini adalah server farm iaitu di mana server itu terletak. Korang tengok target visitor dari mana. Kalau dari Malaysia, cari la data center yang terletak di Malaysia sebab ia mempengaruhi kelajuan untuk visitor view blog/website korang.

  7. Bandwidth
  8. Lihat bandwidth yang diberi dan purata visitor anda sehari.Putara seorang visitor memakan 0.2MB untuk sekali lawat.Itu bagi yang menggunakan image hosting di tempat lain. Tapi selalunya bandwidth ni tiada masalah kalau korang reti settings untuk block ‘HotLink’.

  9. Operating System (OS)
  10. Linux atau Windows? Walaupon korang hanya tahu guna windows dan tidak pernah tahu tentang wujudnya linux tetapi better anda ambil Linux sebab kebanyakkan CMS dan Blog ini menggunakan PHP. Sebab apa? PHP ini percuma. PHP memang ngam dengan linux.

  11. Support
  12. Make sure syarikat hosting anda ada helpdesk yang di buka 24/7. Sebab jika apa-apa berlaku anda boleh troubleshoot dengan technical support diorang terus.Kalau yang ada live chat, itu lagi bagus

  13. Feedback
  14. Sila baca feedback client yang menggunakan perkhidmatan tersebut dari mana-mana sumber seperti forum.Jangan baca feedback dari syarikat hosting tersebut coz takut itu cuma rekaan semata-mata

  15. Ingin Belajar
  16. Yang terakhir ada sikap ingin belajar sebab walaupun korang tiada background it, tp korang tidak takut untuk belajar.Sebab handle hosting ni bukan susah pun. Kena rajin bertanya.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Tips Sebelum Tukar Ke Hosting Sendiri

Leave a Reply