Apa Bandwidth Limit Exceeded!

Setakat ni aku pakai hosting sendiri tidak pernah mengalamai masalah ini. Ye la,visitor tak sampai seratus mana nak ade masalah ini. Ok petang ni aku hendak bagi tips versi aku punya. Kalau korang pernah baca tempat lain atau pernah buat post tentang ini, itu korang punya. Jika sama, mungkin itu kebetulan. Tiada mengena antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Advertisement

Selalunya masalah bandwidth ni berpunca dari image. Takkan la blog kita tak der image langsung. Bosan gila, macam baca teks ucapan jer.Image template tiada masalah sebab template memang dicipta ringan dan kecil saiznya.Yang menjadi masalah image di post yang menggunakan hosting sendiri.Tidak salah menggunakan hosting sendiri. Kalau tak buat ape korang bayar mahal-mahal untuk hosting jika tidak digunakan. Tapi pastikan:

  • Kecilkan gambar sebelum upload. Bagaimana hendak kecilkan, korang boleh baca Tips Ringankan Blog [Gambar]
  • Jangan sesekali pingkan gambar tersebut ke Geng Blogger. Sebab Geng Blogger mempunyai ramai visitor jadi mereka akan memakan bandwidth korang.
  • Ini paling penting, make sure korang block HotLink. Hotlink ni bukan prepaid Maxis tu. Sape mau tahu pasal hotlink? Nanti aku akan ceritakan untuk post seterusnya.

Jika leceh hendak buat semua perkara diatas, ape kata korang hostkan gambar korang dekat tempat lain seperti Facebook,Flickr,Photobucket,Picasa dan pelbagai lagi la. Untuk pengetahuan korang, aku menggunakan Picasa sebagai hosting gambar aku. Semua pengguna Blogspot juga menggunakan Picasa sebagai hosting gambar. Jika tidak percaya korang login kat Picasa , maka keluarlah semua gambar yang korang pernah upload.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Apa Bandwidth Limit Exceeded!

  1. tapi kat gengblogger kalu ping pun gambar tak kuar kan? (wordpress case).
    saya pon baru bulan lepas sedar termakan banyak bandwidth haha pastu baru timbul kesedaran untuk upload kat flickr.
    .-= Post terakhir blog ilyani : Did anyone miss Bunny? =-.

  2. Rasenye aku tak penah exceed n xkan exceed kot sebab aku pnye limit 100Gb. Siap bagi orang donload muvie lagi hihihi…

    Tapi aku pnye server masalah sebab takleh tampung banyak visitor dlm satu2 masa.. macam last week ade sehari tu traffic sampai 900, tp dah jem.. kadang2 xleh connect.. 2 3 kali down dlm sehari… aku pon tataw nk buat camne dahh maybe kene upgrade hosting mahal skit kot..

Leave a Reply