Anak Perak Dot Com Bukan Persatuan

Pagi ini aku membuka official email AnakPerak.com then aku mendapat satu email yang dihantar melalui form contact us menyatakan ingin menjadi ahli AnakPerak.com. Aku terkejut jugak, tiba² dia ingin apply jadi ahli. Erm, rasanya aku tidak tubuhkan persatuan atau kelab untuk anak-anak jati negeri Perak.huhu.. Dalam email tersebut dia siap nyatakan berasal dari mana.

Aku memang ada cadangan untuk membuat website dan forum rasmi untuk anak-anak jati negeri Perak berkumpul untuk meluahkan pendapat dan idea. Tetapi disebabkan berapa faktor, aku terpaksa lupakan hasrat aku. Faktor yang tidak membolehkan aku meneruskan hasrat aku adalah.

Advertisement
  • Hosting aku package murah. Aku rasa kalau ramai² serbu mau habis bandwidth dalam sehari.
  • Aku bukan online 24 jam yang membolehkan aku menjadi admin sesebuah forum. Ingat senang buat forum, bukak² terus tinggal. Memang huru-hara jadinya.
  • Tiada masa untuk membuat dan maintain website/forum sebab system di tempat kerja aku pon tidak siap-siap lagi.
  • Ingin menumpu pada blog sahaja.

Tetapi jika yang ada ingin menjadi sukarela ingin menghandlenya aku akan mempertimbangkan untuk membuka forum untuk anak-anak jati negeri Perak Darul Ridzuan.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Anak Perak Dot Com Bukan Persatuan

  1. guna je free social host seperti ning.com
    tak ada masalah utk bandwidth dan sebagainya..
    nak add componen pu senang sbb sumer dah ready
    tak pun guna facebook

  2. woho, klu nk bka forum, itu stu effort yg sgt bgus, bkn mudh nk wat… :D
    .-= Post terakhir blog nash : Tips Letupan 6,103,515,625 Backlinks! =-.

  3. sume negeri nak ada ‘anak’. KL ni apsal tak ada?? negeri lain, siap ada biasiswa negeri. apsal KL tak ada biasiswa negeri? KL bukan negeri ke???

    tiba2 emo… huh!
    .-= Post terakhir blog ReD : ~ BUDAK KECIK UMUR 1 TAHUN LEBIH BUAT ‘PROJEK’ DALAM BILIK TIDUR ~ =-.

Leave a Reply