Adamaya Full Episode Dalam 2 Hari

Tahniah kepada rakan twitter @anakperakdotcom kerana korang berjaya menghasut aku supaya tengok adamaya. Orang dah habis tengok adamaya lama dah aku baru jer nak tengok. Aku habiskan full episode dalam dua hari. Memang kerja gila ler. Nasib baik ada P1 Wimax yang aku sayang, jadi takder la kena tunggu untuk streaming.

Awal² scene yang time sarah dengan mika berlakon kat uitm tu, aku ada masa diorang shoot. Masa tu hari ahad pagi dalam pukul 10. Korang tengok ramai student lalu-lalangkan, sebenarnya itu bukan secara spontan. Itu salah satu prop diorang. Mana ade student pakai kad matrik macam tu. Itu kad matrik lama. Masa diorang shoot, aku tengah setup hosting aku. Aku mana kenal sarah dengan mika tu. Kalau ade maya time tu, mau gak aku offer diri untuk jadi pelakon tambahan.hak3..


Memang phsyco gile mamat ni.

Adamaya ni sama dengan cerita I’m not single jer. Time maya mimpi sambil berjalan pon dalam i’m not single pon ade. Memang ni kesinambungan dari cite tu yer? Aku tak boleh la tengok jenis perempuan curang tambah² isteri orang. Memang rasa sakit hati giler dengan perempuan tu. Walaupon diorang berlakon jer, tapi sakit hati dan jiwa raga aku ni. haha..emo lak tengok drama. Bagi aku jalan cerita dia sama dengan cerita lain. Yang aku dok layan sebab awek dalam cite tu lawa.haha..Memang best jadi anak orang kaya yer. Senang² jer kawen, siap dapat rumah lagi tu. Ish2..

4 thoughts on “Adamaya Full Episode Dalam 2 Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *