When In Rome

Malam tadi aku pegi tengok wayang kat Cathay e@Curve, Mutiara Damansara cite When In Rome. Tiket cite ni x der jual kat mana-mana lagi x caya korang g ler cari coz cite ni akan ditayangkan 15 April 2010 (Khamis). Mana aku dapat tiket ni? Aku dapat dari Churp Churp. Apa itu Churp Churp nanti aku cite post seterusnya.

Ini last min punya tiket coz tiba Churp Churp tweet kat twitter

Advertisement

News! We’ve got extra tickets for tonight’s screening courtesy of those who can’t make it. First 5 to tweet with I love @Churp2 gets them!=)

aku cuba ler nasib tweet. Bukan susah pon juz tweet. Aku kira balik, aku orang ke 7 jadi punah ler harapan aku. Tiba aku dapat call, ingat aku kena panggilan hangit rupanya panggilan dari Churp Churp ajak tengok cite ape tah. Aku x berapa dengar, aku ok jer.

Ok berbalik cite When In Rome, cite ini kategori komedi romantik. Cerita ini mengisahkan Beth (Kristen Bell) yang patah hati dengan cinta telah mengambil 5 syiling dalam kolam air pancut kat Rome. Kolam ni kira mcm kolam hajat untuk dapat cinta ler. Lepas ambil syiling itu ingat x der apa terjadi ler, skali 5 orang lelaki iaitu tuan pada syiling itu jatuh cinta kat si Beth ni antaranya Pengusaha sosej (Danny DeVito), Magician jalanan (Jon Heder), pelukis (Will Arnett), model terlampau (Dax Shepard) dan reporter lakonan Josh Duhamel merupakan hero dalam cite ni. Alo yang berlakon dlm Transformer jadi askar. Maka pening la si Beth ini coz klu buang supahan 2 kena return syiling 2 kat kolam 2 lik.

Apa Beth nak buat, korang nantikan tayangan di pawagam berdekatan korang. x best ler aku cite full. Nanti x der feel. Tapi bagi aku memang best cite ni. Dari 5 bintang aku bagi 4 sebab jalan cerita ok, x bosan and sungguh kelakar. Jadi serbulah pawagam berdekatan anda.

p/s : Tq Cik Balqis coz sudi jadi mangsa untuk teman aku. Kecian dak ni selalu jadi mangsa.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “When In Rome

Leave a Reply