Pengalaman Masuk Mahkamah

Ape cerita aku kat mahkamah ari ni. Ha ini teman nak cerita kat kome. Ate, mike nak dengo ke tak. Ok atas surat yang aku dapat bertulis perbicaraan bermula jam 9.00 pagi. Aku sampai kat sana kul 8.30 pagi coz malam tadi aku dah rikki jalan ke sana. Lol dekat dengan umah ex aku. Aku ingat aku la owang paling awal terpacak kat sana coz mcm sunyi skali msk dalam, dah ramai da…

Aku bagi la slip saman kat pegawai kat c2 utk cari fail kes. Aku tunggu kat luar, then lama gak aku tunggu. Aku tengok org yg baru dtg dah panggil nama. Ish, ini buat gua marah ni. Aku tny ler awek kat dalam 2, cik sy punya nama bila nak panggil dah lama saya tunggu. Orang yg baru datang dah panggil nama. Sekali slip aku kasi tu ilang da.. ape punya nasib. Mencari la mereka2 kat fail2 kes yang bertimbun 2. Akhirnya jumpa then disuruh masuk ke kamar. Bukan kamar tidur, tapi kamar perbicaraan.

Advertisement

Masuk2 teruju jap, selalu aku tengok dalam tv jer. Ari ni aku tengok real punya kamar perbicaraan. Ada kandang saksi, kandang untuk media, tempat pendakwa raya, jurubahasa dan paling penting tempat hakim yg paling tinggi. Tiba2 jantung berdegup kencang aku ingat bicara dalam bilik jer.


Amik kat luar jer.Gile ape nak amik gambar dalam mahkamah

Dekat 10.15 datang polis bagi tau etika di mahkamah. Tutup telefon bimbit, senyap, dengar pertuduhan betul2 dan yang paling aku suka dengar. Jika anda tidak cukup duit untuk bayar saman dan perlu ke atm. Kereta peronda kami akan bawa anda kesana. Ha, macam best jer bunyinya. Sebelum hakim masuk bunyi loceng mcm kat hospital. “Bangun, polis 2 ckp”. Sume bangun.
Jadi mula la sesi perbicaraan, sorang2 kena panggil. Macam2 kes, ade perempuan tu collect saman parking mcm collect album siti nurhaliza. Dekat sepuluh. Ade kes yang aku dgr pelik tapi benar adalah saman buang puntung rokok kedalam longkang. RM200 tu denda, 3 orang kena atas kesalahan tersebut. Ok giliran aku jam 11.45.

Jurubahasa: Kes bla2.. Mohamad Zulhelmi bin Redzwan. (Ha, nama aku ler 2. Aku berdiri la kat kandang pesalah. Kesalahan dibacakan. Habis dibacakan
Jurubahasa : Anda faham?
Aku : Ya
Jurubahasa : Anda mengaku bersalah?
Aku : Ya saya mengaku bersalah.
Pendakwaraya : Atas kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan kompaun tidak kurang RM100 dan tidak lebih RM500 atau 1 tahun penjara.
Jurubahasa : Ada apa2 rayuan.
Aku : Saya merayu untuk dikurangkan kerana saya datang dari jauh ni. Lagipun masa kejadian saya cuma dengan tujuan lawatan (Dalam ati, lepas ni aku x nk dah dtg cni)
Hakim : Baiklah tertuduh dikenakan kompaun sbyk RM180 atau 1 tahun penjara.

Fuh nasib baik duit aku ckp2,klu x terpaksa aku nek kete peronda polis. Abis la kes aku kat mahkamah, tiba2 mak aku cuak coz dia ade saman satu kat cni. Aku la terpaksa g bayar. Melayang RM200 macam 2 saje.waaa…


Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Pengalaman Masuk Mahkamah

    1. Kat melaka. oleh itu bila sampai melaka diminta berhati2. pbt sana hardcore ckt coz diorng nak collect duit beli eye on malaysia.huhu..

  1. siap masuk mahkamah tu ha…nak bayar saman je pun..huhuhuhu…dasat…ade jgk pengalaman ye tak..leh cite kat anak cucu..pasni toksah masuk agi eh..hehe

Leave a Reply