Nuffnang Roadtour

Wah! Baru sahaja buat event Gatsby Street Fair dah nak buat roadtour pula. Dasyat juga Nuffnang ni. Sorry, sengaja bikin gempak. Itu hanya cadangan aku untuk event yang akan datang. Aku cadangkan Nuffnang buat roadtour macam jom heboh tu. Singgah tiap-tiap negeri untuk blogger berkumpul dan berpesta.

Sebab apa aku aku cadangkan benda ini? Ye la kadang-kadang aku kesian baca comment mereka yang luar dari kawasan lembah klang ini. Korang tau kesian sebab apa? Ye la, Nuffnang selalu bagi tiket wayang free tapi semua buat di area lembah klang. Event yang terbaru ini yang besar dan meriah lagi menyedihkan mereka yang berada diluar liputan ni. Tengok gambar kita bersuka ria jer. Dalam hati mereka aku tau ada taman. Eh silap, dalam hati mereka pasti akan terdetik “Kalau la aku dapat pergi kan best”.

Advertisement

Aku harap Nuffnang ada perancangan ini dimasa akan datang. Aku rasa mereka di luar liputan ini mesti rasa seronok dapat berkumpul macam di Berjaya Times Square baru-baru ini. Yang paling penting kalau buat di Perak confirm aku turun bagi memeriahkan majlis. Aku dapat rasa, penaja mesti ramai sokong kalau Nuffnang buat event macam ini. Apa kata management Nuffnang?

p/s : Aku dah dapat feedback dari pihak Nuffnang sebab apa mereka tidak buat luar area lembah klang. Tapi aku mintak maaf tidak boleh share kat sini atas pemintaan pihak Nuffnang.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “Nuffnang Roadtour

Leave a Reply