My Version of Grooming Tips

Ingat perempuan sahaja reti grooming lelaki jugak perlu tahu cara hendak jaga penampilan diri agar kekal bergaya dan disukai ramai. Cuma beza beza lelaki dan perempuan adalah ketaksubkan menjaga penampilan. Tetapi ada juga lelaki perabis banyak duit berbanding aku. Bagi aku simple jer. Korang nak tau macam mana aku jaga?

1. Mandi adalah perkara wajib. Mandi bukan bermakna juz siram air jer. Kena la berus gigi,sabun badan,shampoo rambut dan pencuci muka. Ada sesetengah lelaki pencuci muka tidak pernah pakai. Ish korang ni tahu la muka tidak ada jerawat tapi pencuci muka ini akan menyegarkan kulit muka agar kelihatan segar dan kekal muda macam aku. Percaya x umur aku 35 tahun? Ha yang berbeza perempuan dengan lelaki adalah cukur janggut dengan misai. Lelaki perlu melakukan benda ini hampir setiap hari.

Advertisement

2. Deodorant adalah penting. Ada sesetengah lelaki tidak memakai deodorant juz mengharapkan minyak wangi. Jadi pada jejaka disana, korang jangan pelik walaupun pakai minyak wangi satu botol still berbau jika peluh. Sebab itu pentingnya deodorant coz deodorant menyerap bau dan peluh. Aku syorkan Adidas Action 3, aku dah pakai memang terbukti berkesan menghilangkan bau.

3. Minyak wangi. Minyak wangi bukan deodorant. Selalunya lelaki ni tidak tahu membezakan minyak wangi dengan deodorant. Ada ker deodorant sembur kat baju. Gila ker ape? Ha, tips pakai minyak wangi bukannya minyak wangi tu korang sembur terus kat baju. Rosak ler kain der, klu baju beli kat uptown boleh buat macam tu. Korang sembur ke hadapan then bagi bauannya sahaja kena bau.

4. Yang terakhir pakaian. Pastikan pakaian anda bersih. Tambah lelaki ni selalu pakai seluar jean berminggu2 x basuh. Walaupun tiada bau, tetapi kuman masih ada. Macam iklan febreez lak.

Begitulah cara lelaki bergaya, tidak susahkan. Sebab itu lelaki dilahirkan untuk tunggu perempuan bersiap.Sebelum itu korang layan dulu video Project Alpha Season 2. Korang boleh tengok tips yang di beri oleh top bloggers kita.

EPISODE 1

EPISODE 2

EPISODE 3

is presented by
supported by
P1 and MAS

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “My Version of Grooming Tips

Leave a Reply