Mood Ke Laut Dah Kembali Ke Darat

Selalu orang ke laut kuar malam balik pagi. Tapi mood kelaut aku kejap jer. Selepas dibasuh oleh jen aku mula sedar dan menjadi lebih tua dewasa macam dia. Tq jen coz bagi pandangan dan nasihat yang bernas. Macam ini la kawan, kalau agak tak betul kasi tegur.

Advertisement

Dulu aku yer, susah terima teguran. Skrg aku boleh terima teguran dgn terbuka.Ini yang aku nak cerita pasal berita semalam. Seorang lelaki kena pukul sampai mati sebab menegur jirannya membuang sampah. Wah itu memang x leh tegur langsung tu, sifat ego menebal. Apa dia buat selalunya betul. Sifat itu selalu ada kat lelaki. Sebab itu lelaki boleh jadi bos sebab kerek dia semacam jer.haha.. Tapi nasib baik bos lelaki aku baik.

Bila mood dah kembali tangan mula gatal nak menaip. Jam dah pukul 5. X reti nak balik ker. Argh..buat apa balik awak. Bukannya ade ape kat umah. Kalau ade bini sediakan minum petang memang sblm kul 5 aku dah terpacak kat punch card tu.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply