Melaka Oh Melaka

Sesiapa yang ada merancang dalam kalender percutian dia untuk melawat ke Melaka? Jika ada, aku cadangkan baik anda semua batalkan hasrat untuk kesana. Saya bukan ingin memburukkan negeri ini, cuma ingin memberitahu rialiti, “indah khabar dari rupa”.

Advertisement

Yang menjadi masalah di Melaka ini adalah jaringan jalan rayanya. Seperti di Banda Hilir yang menjadi tumpuan pelancong, pekannya kecil dan jalan rayanya sempit. Jika anda ke sana waktu puncak seperti cuti sekolah, anda akan merasa kesesakan jalan mengalahkan Kuala Lumpur.

Yang menjadi masalah utama di Melaka ini adalah tempat meletak kenderaan atau parkir. Parkir yang disediakan di sini amatlah terhad. Jika anda masuk ingin ke kota A Famosa, jangan harap dapat parkir dengan mudah. Anda perlu tawaf beberapa kali pekan Banda Hilir itu, baru akan jumpa parkir kosong, itu jika nasib anda baik. Sudahlah parkir amat terhad, parkir yang di sediakan oleh PBT kena bayar walaupun anda datang pada hari ahad, cuti umum mahupun cuti am. Ramai pelawat tidak mengetahuinya, dari situlah kerajaan negeri mendapat pendapatan dengan menyaman orang.

Anda datang kesana kerana ingin melawat A Famosa. Baik anda lihat sahaja gambar daripada berpeluh-peluh dan menghabis minyak cari parkir. Ingin melawat muzium, anda bukan ahli sejarah untuk kesana. Ingin menaiki Menara Taming Sari, lebih seronok anda naik menara Kuala Lumpur kerana pemandangan disana lagi cantik. Ingin menaiki Eye On Malaysia, malangnya sudah tutup. Jika buka, lebih seronok naik di Taman Tasik Titiwangsa kerana pemandangan lebih cantik daripada di Melaka ini anda cuma mengadap laut. Ingin menaiki Melaka Cruise, lebih seronok jika anda naik bot di The Mines kerana pemandangan di Sungai Melaka bukan cantik manapun, dengan air yang mengalahkan teh ais.

Jadi macam mana anda rasa? Ingin meneruskan hasrat anda. Jika ya, saya tidak menghalang. Jika sesiapa pernah pergi, mungkin anda bersetuju dengan apa yang saya ceritakan ini. Saya bukan kali pertama datang sini bahkan saya pernah menetap disini. Jadi saya tahu bagaimana keadaan disini. Lihat dalam gambar amat seronok untuk datang disini. Tapi realitinya, biasa sahaja seperti bandar-bandar yang lain kecuali anda memang ahli sejarah yang betul-betul minat tentang secara. Inilah tempatnya.

p/s : Penulis menulis artikal ini bukan ini memburukkan mana-mana pihak. Ini hanya pendapat dan pandangan dari penulis. Jika ada pihak terasa, penulis memohon maaf.


Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Melaka Oh Melaka

    1. Hasutan..hoho..Itu ralitinya. Penulis bukan menfitnah atau memburukan sesiapi. Jika ingin Melaka terus maju 2010, maka perubahan yang amat drastik perlu dilakukan.

  1. saya org Melaka pun mengakui masalah jem yg lagi teruk dari KL, saya pernah tinggal di KL pun tak teruk mcm di Melaka nie…
    punca nyer terlalu banyak simpang dan pembangunan berpusat yg tidak dirancang secara waras…
    jalan sehala yg menyusahkan juga bikin jem teruk…
    masalah parking, tu lagi besar, bangunan2 besar dok bina rapat2 dgn tumpuan berpusat, tp kemudahan parking amatlah teruk…

    skrg nie hujung minggu org byk menghabiskan masa di pinggir bandar atau lepak2 kat pantai jer sbb dh bosan dgn jem di bandar, tgh mlm minggu pun boleh jem teruk…

  2. pemandu2 kereta berpletkan negeri melaka sombong2 dan bongkak takde tolak ansur dan tak berhemah dijalan raya…. penduduknye suka cakap kasar maki hamun je kejer kalau jumpa…mesra kunun…. memalukan bangsa melayu

Leave a Reply