Kes Buang Bayi

Kes buang bayi di Malaysia sudah tahap teruk. Apa jenis manusia sampai sanggup bunuh bayi tidak berdosa itu. Tidak ada sifat kemanusiaankah manusia zaman sekarang.

Kenapa kes ini banyak berlaku di Malaysia sedangkan seperti yang kita tahu di barat, seks sebelum kahwin adalah perkara biasa disana dan apabila seseorang gadis masih dara, akan diketawakan oleh rakan-rakan. Walaupun keadaan dibarat sebegitu tetapi kita jarang dengar kes pembuangan bayi. Anda tahu kenapa? Sebab mereka tahu kondom itu direka untuk apa.

Advertisement

Di Malaysia apabila orang beli kondom, mesti orang lihat pelik. Lepas itu buat maksiat ikut mana yang sempat, sampai dalam semak pun jadi. Bila sudah sedap, jadi mana hendak fikir pakai kondom ke tidak. Nafsu dah sampai otak, mana fikir boleh fikir apa terjadi selepas itu.

Aku bukan menggalakkan melakukan maksiat. Maksiat tetap berdosa di sisi islam. Sudahlah maksiat itu berdosa besar, ditambah lagi dengan membunuh. Ya Allah, lagi besar dosa yang mereka lakukan. Memang dasar binatang dan tiada pegangan agama.

Aku berharap pihak berkuasa dalam memikirkan cara untuk membentung masalah ini. Bagi aku pendidikan seks patut dimasukkan dalam kurikulum bukan untuk menggalakkan seks tetapi memberikan penerangan dan kesedaran kepada pelajar.

p/s : Aku tidak mahu letak gambar sebab kesian bila lihat gambar-gambar kes buang bayi ini.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Kes Buang Bayi

  1. Entoh la diorang ni. apa jenis manusia pon aku x tau. mungkin binatang bertopengkan manusia kot. Tapi binatang pon syg kan anak. ni nak ketegorikan ape yer?

  2. i think it’s time for the people to be RATIONAL now. Bila kita dah tak boleh menghalang mereka dari melakukan maksiat, sekurang2nya bagi lah pendedahan kepada kondom dan bersikap lebih terbuka untuk menerima penggunaan kondom. Kenapa? Sebab dosa maksiat tu antara laki dan perempuan tu.

    Biar mereka menjawab bila dah mampus nnt (x layak pengunaan perkataan yg baik2). Bila dah terlanjur dan takde plak sebarang protection, nak bunuh bayi yang sikit pun tak berdosa tu? Biarlah benda tu antara laki dan pompuan tu, jgn libatkan org lain (mksd aku di sini, bayi tu).

    Majulah kondom untuk negara! Erkk.

  3. Betul 2,cakap banyak pon x guna. Kalau diorg pegangan agama yg kuat xkn buat mcm 2. yang penting tekankan soal kondom ni. Hidup durex.hehe..

    p/s : lepas ni penuh iklan kondom kat blog aku :p

Leave a Reply