Kali Pertama Join Event Nuffnang

Ini sambungan dari Berhenti Jadi Plagiat dan Bila Aku Start Berblog. Ini merupakan episode terakhir. Aku tau korang bosan baca sejarah hidup aku.huhu..Tapi peduli apa aku. Blog aku,suka ati aku la. (Ayat penyelamat yang biasa diguna)

Ok, selepas aku berpindah ke Shah Alam sebab dapat kerja baru aku mula berminat nak join event Nuffnang. Ye la, kan event Nuffnang punya event sume kat area lembah Klang. 1st event yang aku macam berminat nak join adalah Pimp My Day Challenge. Tapi event to kena bergroup. Aku mana la kenal bloggers lain walaupon diajak oleh Rabiatul Adawiyah.

Advertisement

Tidak lama selepas itu Nuffnang buat Samsung Corby Carnival Day. Pada awalnya aku berasa rendah diri sangat coz orang lain post dalam bi. Aku ni dah la lemah bi. Dapat Ben10 dalam muet.haha..Tapi Nuffnang kata boleh jer tulis dalam bm. Aku pon join la tanpa rasa rendah diri. Time tu x kenal pon sape otai blogger or bloggers tegar. Jadi tak der la rasa rendah diri or segan bergaul dengan diorang coz event ni berkumpulan.

Time event ni la aku baru kenal ramai bloggers lain. Antaranya Aus,Bean,Jen,Suria (Betul ker nama ko eja macam ni?), Razi dan lain-lain. Ramai gak nak sebut. Masa dalam event tu aku perasan ade sorang mamat ni dalam group aku ni gak asyik dikerumuni peminat. Aku dok usha ler. Skali Bean cakap kat aku, orang popular tu ramai peminat. Aku pon blur time tu, popular? Apa yang popular? Argh nantak la malas aku pk.

Lepas event tu, aku lawat la blog diorg yang dtg event Corby tu. Dari satu ke satu blog mereka aku tengok, sampai Sutera Blogger (yang kini berwajah baru). Aku macam berminat dengan gaya penulisan dia. Dia pon ade jugak bagi tips. Jadi aku jadi secret admire kat Bean ni. haha..Banyak gak event aku join lepas tu asyik nampak muka dia. Dia pon jenis x kerek, tegur sume orang. Tapi aku masih x cari lagi sape lelaki popular dalam group aku tu sebab x tau url dia.

Lepas aku mendalami dunia blog dan Nuffnang. Aku menjadi lebih faham dan menjadi tegar dalam blog ni. Time aku sedang mendalami, aku mula terperasan orang asyik sebut Beautiful Nara. Sapakah dia? Mari kita terjah. Lol, rupanya owner blog ni abg Nara. Mamat yang satu team dengan aku yang asyik dikerumuni peminat tu. Dia la yang join Project Alpha musim pertama.Patut la popular dan terkenal.

Kalau la aku kenal sebelum event tu, kompem aku segan dengan otai2 tu macam sekarang. Tapi aku suka la time event tu coz time tu kita rapat dengan sume orang tanpa rasa segan or rendah diri. Lagipon event tu la menyebabkan aku mula beminat dengan dunia blog dan Nuffnang.

P/S : Memandangkan ini episode terakhir, aku akan membuat contest untuk sejarah AnakPerak.com

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Kali Pertama Join Event Nuffnang

  1. oh Nara ek… lawak tgk die time project alpha season 1 dulu…

    mati2 ingat die perempuan… [if dengar dari namanya la kan]

    Anak Perak : Aku lagi la, ingat awek jepun mana la punya blog.hehe..

  2. dah btul la ko eja nama tue, razi je yg suka suki tukar ejaan nama aku

    Anak Perak : ko patut banggu aku igt nama ko.bukan senang aku nk igt nama orang

Leave a Reply