Dua Kumpulan Top Bloggers

Selepas aku sudah memiliki Wiggy, aku makin rancak blogwalking ke blog orang lain. Aku bukan blogwalking jenis copy paste masej sama setiap chatbox yang aku masuk sampai lupa blog mana pernah masuk. Aku akan baca entry mereka, jika ada yang aku hendak katakan aku akan luahkan di comment box. Aku hendak blogger rasa ada orang hargai apa yang mereka tulis. Baru bersemangat hendak berblog, betul tak?

Advertisement

Aku mencari source untuk blogwalking kebanyakkan dari GengBlogger. Aku hendak ucapkan terima kasih bebanyak kat GengBlogger sebab menyediakan source ni. Dari blogwalking yang aku buat, aku dapat perhatikan ada dua jenis kumpulan top bloggers dan pengikutnya selalunya dari kumpulan yang sama. Pengikut kumpulan lagi satu tidak kenal dengan top bloggers untuk kumpulan yang lagi satu dan sebaliknya.

Kumpulan top blogger yang pertama aku nak ceritakan kat sini adalah dari kumpulan Adverlets. Kenapa aku namakan kumpulan dia Adverlets sebab top blogger dari kumpulan ini menggunakan syarikat pengiklanan Adverlets. Top bloggers diorang memang aktif di GengBlogger. Cukup gah nama mereka disana. Tetapi mereka ini hanya duduk di alam maya sebab jarang join event. Ye la Adverlets jarang ada buat event. Kumpulan lagi satu memang tidak kenal atau kenal sikit-sikit dengan top blogger kumpulan yang ini.

Ha,kumpulan lagi satu ni adalah kumpulan Nuffnang dan aku salah seorang pengikutnya.Top blogger kumpulan ini agak popular sebab kebanyakkannya akan muncul di surat khabar, televisyen dan lensa kamera. Mereka ini bukan sahaja duduk mengadap komputer 24 jam tetapi mereka juga ada keluar berjumpa peminat. Wah macam artis gitu. Nak sain..haha..Ini adalah disebabkan syarikat pengiklan yang mereka join iaitu Nuffnang, menyusun banyak event untuk blogger under mereka. Mereka juga banyak ‘up’ kan nama-nama blogger bawah naungan mereka. Macam syarikat rakaman pulak dah.

Walaupun anda termasuk dalam golongan mana-manapun atau top mana pun. Kita tetap dalam satu kominiti yang sama iaitu ‘Blog’. Jadi jangan bermusuh atau dengki-mengdengki satu sama lain. Peace No War. Akhir kata, majulah blog untuk negara

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Dua Kumpulan Top Bloggers

  1. blogger guna innity terikat dgn T&C yg ketat, sebab itu kita tak nampak mereka menulis mengenai Innity

    mmg maklumat tersebut tidak boleh diceritakan kepada umum , tak boleh publish kat blog..itu antara blogger dan Innity saja..

    tapi earning dia mmg TOP! hehehe

    1. @Deedee : Pegi website dia. Nampak bucu kanan atas ade fconnect.ha tekan c2. make sure ko ade akaun facebook.

      @GreenLava : x ramai sangat. Nak buat gathering pon susah

Leave a Reply