Click Fraud

Aku rasa semua Nuffnangers dapat email warning dari Nuffnang. Email menyatakan kesalahan main click-clik iklan. Dalam email tersebut mengatakan bahawa jika anda betul-betul berminat untuk mengetahui iklan itu baru anda klik, jangan asyik main klik. Kalau jenis main klik-klik secara senyap okey lagi, ini siap kecoh di chatbox lagi.

Di blog aku, aku mintak maaf awal-awal jika aku delete mesej anda yang ada kena mengena dengan klik-klik ini. Aku sudah bagi tahu awal-awal syarat-syarat berchatting dalam Terma dan Syarat. Kadang-kadang mungkin aku terlepas pandang beberapa mesej. Itu adalah nasib dia baik. Peduli apa aku kalau anda semua kata aku skema sebab yang paling penting aku kena jaga ‘periuk nasi’ aku. Jangan kerana nila setitik rosak nuffnangers sebelanga.

Advertisement

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply