Cara Ban Url di Shoutmix

Sekarang ini musim orang cari duit dengan campaign dari YouthSays. Campaign ini mengikut jumlah click. Lagi banyak click lagi banyak dapat duit. Yang menjadi masalah sekarang adalah pencari duit ini menggunakan chatbox sebagai platform mereka mencari duit. Seolah-olah skim Dapat Wang yang top spamming di chatbox. Sini aku sediakan cara untuk band url bagi pengguna Shoutmix.

Advertisement

Pertama anda perlu login ke akaun Shoutmix anda dan pergi ke settings. Di kotak Security anda pilih menu Ban Control. Rujuk gambar atas.

Bila sudah ke skrin Ban Control anda perhatikan di bahagian bawah anda dapat perhatikan ada Menu Banned URL. Anda perlu masukkan url didalam textbox dan tekan butang Add. Jika anda ingin ban url http://malaysia.youthsays.com/emisyntech/digithenextlevel anda cuma perlu menaip awalan sahaja http://malaysia.youthsays.com. Semua jenis user akan di block. Untuk membuang click pada checkbox dan tekan butang Delete.

Tapi kalau mereka guna skill lain untuk letak url. Tidak dapat aku menolongnya. Caranya anda perlu sentiasa jaga chatbox. Kalau malas, buang chatbox itu.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Cara Ban Url di Shoutmix

Leave a Reply