Bila Aku Start Berblog

Aku pun tak pasti bila tarikh sebenarnya aku berblog. Apa yang aku ingat aku start beblog ketika aku training dengan company Skali iaitu pada bulan 7 tahun 2008 masa itu aku baru jer abis belajar belum lagi grad.

Ketika itu semua trainer diwajibkan buat blog dalam bi. Aku pon dgn bi hancur pun buat ler. Time tu memang x tau la ape benda blog ni. Tapi tau la cara nak buat. Teruk la klu orang it x reti buat blog. Aku buat berapa pos jer then abis training 3 bln tu terus senyap blog aku.

Advertisement

Pada tahun akhir 2009 bulan puasa ketika itu, selepas abis training aku disambar oleh company lain. Cewah disambar, macam laku sangat jer. Time tu aku memang kerja tidak banyak jadi aku berjalan kat blog orang. (tak tau lagi terms blogwalking). Tiba-aku terbaca kat blog orang tentang pengiklanan kat blog.

Aku apa lagi, dengan tujuan untuk mendapat duit aku aktifkan blog aku dengan meletak lirik dan movie utk download. Iklan jangan cakap, bersepah-sepah popup. Nuffnang, adverlet dan adsense pon masuk. Ketika itu tujuannya 1, memang hendak buat duit sahaja. Apa jenis artikal pon masuk jer. Janji keyword untuk orang cari ada. Kadang2 aku juz letak gambar atau link sahaja.

Nantikan post seterusnya bagaimana aku insaf dari aktiviti plagiat dan kali pertama jumpa Abang Nara

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Bila Aku Start Berblog

Leave a Reply