Bersekedudukan Trend Sekarang

Sekarang ini kalau bersekedudukan lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah sudah jadi trend remaja sekarang. Mereka hendak takut apa, jiran bukan ambil kisahpun sudah kahwin atau belum. Dulu, kes tangkap basah berlambak-lambak. Sekarang jabatan agama pun takut hendak tangkap taku nanti tidak pasal-pasal kena saman. Jiran sekarang jenis ikut perpatah melayu ” Jangan jaga tepi kain orang”.

Aku ingat lagi dulu, di taman perumahan aku memang kerap diadakan gotong royong, hari keluarga, ceramah agama, jamuan dan bermacam lagi aktiviti kemasyarakatan. Tapi sekarang langsung tiada. Yang ada gotong-royong kenduri kahwin. Itupun jarang sebab sudah menggunakan khidmat katering. Bayangkan jiran sudah berpindah sampai tidak tahu. Jangan sampai jiran kita mati siap sudah berulat kita juga kita tidak tahu.

Advertisement

Tapi semenjak aku duduk disini iaitu Shah Alam, aku rasa memang jauh bezanya dengan aku duduk di Perak dahulu. Jiran-jiran di sini semuanya tutup pintu, kalau bukak itupun masa ‘openhouse’ dan hari raya. Bila bertembung, jenis tidak bertegur sapa malah senyum pun tidak mahu. Mungkin itu sudah menjadi trend atau budaya orang bandar. “Hal ko, hal ko. Hal aku, hal aku. Kubur lain2. “Memang la kubur lain-lain, tapi bila kita mati siapa hendak uruskan. Tidakkah jiran kita. Tapi sekarang sudah ada khidmat mengurus kematian, sudah macam cina pula. Bila jiran tegur anak jiran malam-malam duduk memekak bunyi ekzos motosikal depan rumah, akhirnya dia yang kena ‘sound’ balik dengan ayah budak itu. Lepas itu mula bermasam muka. Ish, memang berbeza sekarang dan dahulu.Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

13 thoughts on “Bersekedudukan Trend Sekarang

  1. btol2..aku setuju sngt..kalo zaman aku kecil2 luh, kat kg, ptg2 meriah..men bola reramai..skang ni, ptg2, susah nak kumpul reramai..sumer men FB, blog, PS2 dlm umah jer…huhhu

    1. JMR : betul 2.dulu siap collect duit bakar satey depan umah.zaman budak2 tu.budak skrg, lagi dasyat siap berkebun. Tapi kat fb jer la.haha..

      Farah : itu la orang kampung msk bandar jadi kejutan budaya. Kalau terkejut jer x per,ni siap follow

  2. na’uzubillah.. mintak dijauhkan dari benda2 maksiat tu…orang sekarang ni dah tak mesra alam a..maybe dah dipengaruhi oleh bahang pemanasan global..panas je otak dia

  3. haha, atokk aku kalau dtg KL pon dok cakap benda nih jugakkk…

    betol lah semngt kejiranan dah takde lolz skg!! masng2 bz.. heshhh!

    itukah satu MALAYSIA?? hahaha

  4. hrmm… kat area flat saya lagi la.. suami org tinggal ngan janda pun ada.. sebab tu bnyak kes bunuh dr tngkap basah.. semua sebab seks. bahaya kan… nauzzubillah.. kita doakan yang baik2 k.. tapi kalau kita tak mulakan pencegahan maksiat siapa lagi?? report je.. kalau tak buat macam tu dikira bersubahat.. free je dapat dosa.. die org sedap, kita sakit kena siksa neraka tak pasal2.. think it.. =D

Leave a Reply