Aku Ketagihan

Tak sangka sekarang ni aku dah ketagih. Aku ingat tidak boleh ketagih bila kali pertama mencubanya. Ape korang ingat aku isap dadah ker. Dadah itu pemusnah negara. “Belia benci dadah!” Ni aku nak cite ketagihan aku dengan berblog ni. Sejak bila aku ketagih ni, aku pon tak sedar. Ye la penagih mana sedar kecuali ditegur oleh orang lain.

Dua orang tegur aku? Diorg tanya aku x der keje ker, tiap2 hari boleh update blog. Aku jawab la aku ade kerja. Ape ingat aku blogger full time ker. Earning pon dapat ciput x cukup utk tanggung makan ade ati nak jadi full time. Korang nampak jer selalu jer ade post baru, tapi korang x sedar sebaliknya. Dalam draft ni berpuluh2 tengah beratur untuk dipublish.haha..Acah jer. Aku menulis bila ada idea. Tak kira kat mana,dalam tandas, dalam kete, tengah baring, tengah makan, bila ada idea akan keluar lah hp cokia E71 aku dan mula menaip.

82%How Addicted to Blogging Are You?

P/S : Post ini terpaksa release awal sebab malam ni aku ade jemputan untuk tayangan Ip Man 2. Kalau sempat aku review Ip man 2 malam ini. Kali ini aku akan review sampai habis. Biar sape yang tengok hari rabu ni dah tau jalan ceritanya.haha..

2 thoughts on “Aku Ketagihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *