Adnan Sempit The Series

Cite Adnan Sempit kompem ramai tau tentang cite ni. Sape yang x tengok lagi baik korang dapatkan di kedai-kedai menjual VCD, jangan lak cari di kedai basikal. Takut korang leher korang kena jerut dengan tiub tayar lak. Pastikan ori baru beri. Aku pon x beli lagi, tapi aku dah download n tengok dekat 5 kali. Hahaha.. memang lawak citenya.

Advertisement

Tapi aku bukan nak cerita tetang cerita Adnan Sempit tu, aku nak cite ni Adnan Sempit the series. Ini khas sape yang melanggan Astro Mustika. Adnan Sempit the series di tayangkan di Astro Warna saluran 132 untuk pratonton Mustika sila ke saluran 130. Iklan jap. Masa tayangan cerita ni aku x sure, biasa ler astro ni. Kalau terlepas korang usah kuatir sebab mereka akan repeat sampai korang muntah hijau.

Ok berbalik pada cite Adnan Sempit the series ni, bukan kesinambungan dari cerita Adnan Sempit kat wayang 2. Watak semua dikekalkan cuma pelakon dan jalan ceritanya berbeza. Sebelum ini watak abg Macha di pegang oleh Cat Farish tetapi kali ini orang lain, aku pon x kenal. Watak Adnan dan cikaro dia tetap dipegang oleh org yang sama. Apa yang x bestnya Adnan Sempit the series ni adalah, Adnan guna ayat skema. Kadang2 ayat dia x kosistent. Dengan Wawa dia bahasakan diri awak/saya tetapi kadang-kadang aku/ko.

Bobby lak dilakonkan oleh orang lain yang cuba berlakon sempoi tetapi x menjadi. Senang cite dalam Adnan Sempit the series ni memang x nampak sempoi. Wa rasa, pengarah dan penulis skrip x cukup sempoi der. Wa tengok cite ni pon dah ckp sakit hati der. Nak gelak mcm x jadi gelak. Wa, cakap banyak pon x guna. Wa rasa baik lu tengok sendiri cite ni der.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Adnan Sempit The Series

Leave a Reply