Aku Pergi Kerja Naik Boat

Ha? Hari ni aku pergi kerja naik boat. Adakah aku seorang guru yang menyahut seruan kerajaan untuk mengajar di pendalaman. Oh, tidak aku tidak layak menjadi guru sebab aku x reti nak mengajar orang. Takut aku bagi kerja kat murid, last2 aku sendiri yang buatkan.

Dah la malam tadi aku tido lambat penangan Project Alpha punya pasal ler. Tunggu2 sampai tertido. Malam tadi lak ujan punya ler lebat, punya best ler tido. Hujan sampai kepagi lak 2, berat rasa mata ni nak bukak. Rasa rugi sebab bukan senang dapat ujan pagi2 macam ni.hehe..Akhirnya gagah aku bangun. Tapi sempat lagi layan project alpha episode 4 pagi tadi. Jadi terlambat kuar dari rumah.

Advertisement

Nak masuk jer area Shah Alam..aduh apahal lak jem jalan ni. x pernah jem jalan ni selama aku lalu jalan ni. lol, rupanya semua kereta sedang transform dari kereta ke kapada boat rupanya. Jalan ni memang teruk betul, hujan lebat cikit walaupon kejap kompem air naik. Ari tu lagi la, siap tutup coz dalam sangat air. Kecian stesen minyak area c2, bila hujan jer tutup business. Kalau macam ni la selalu bukan tokei balak benkrup, tokei minyak pon leh jual minyak wangi lepas ni.

Serius, antara bandar2 aku pernah pergi Bandar Klang ler jalannya paling teruk. Mengalahkan jalan kampung. Jalan kampung pon dah elok berturap sekarang, ini jalan berturap serupa x berturap. Lubang sana, lubang sini macam dah ade kat bulan lak. Silap2 hari bulan rim tayar aku jadi mangsa. Mau aku serang jkr klang x pon aku kutuk kat blog ni 7 hari 7 malam.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

7 thoughts on “Aku Pergi Kerja Naik Boat

  1. @Mus : time ni la nak jadi transfomers.

    @Nabila : haha..marah mr karam nanti.

    @sepul : memang best. Mau join? siap leh memancing dari tingkap.x kena hujan or panas

    @aurikel : X nak ler, nanti aku berperibahasa lak depan tv.
    “Berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian. Banjir sejak dulu, sampai srkg tiada tindakan”.
    ha,kn dah start berperibahasa dah

Leave a Reply