Siapa Otai Blogger

Apa itu otai dalam terms berblog ini? Otai adalah orang lama dalam bidang blog ini. Sama seperti dengan diva. Tapi perkataan diva digelar untuk artis dan selebriti. Siapa yang beri gelaran otai kepada mereka ini? Adakah mereka sendiri yang mengelarkan diri mereka otai? Kalau macam itu, memang jenis masuk bakul, angkat sendiri.

Selalunya gelaran otai ni diberi oleh pengikut blog dia. Apabila bergelar otai secara automatik blog dia popular. Mana tidaknya bila pengikut dia menganggap dia otai, pengikut dia akan mengajak orang lain untuk berkunjung ke blog dia. Jadi bertambah pengikut dia. Macam itu wujudnya perkataan otai, sebab ramai pengikut.

Advertisement

Adakah otai-otai ini penulisan blog mereka bagus? Tidak semestinya sebab tidak semua otai blogger bagus dalam penulisan. Kadang-kadang penulisan mereka sama dengan penulisan bloggers beginner. Bezanya dengan beginner adalah mereka ada pembaca yang setia.

Adakah semua otai perlu berlagak dan sound orang sesuka hati tambah-tambah beginner? Tidak semua jenis macam itu ada sesetengah sahaja. Tetapi selalunya teguran mereka ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Jadi perlukah kita mengikut segala tugaran mereka? Itu terserah pada anda. Bagi aku, selalunya teguran yang betul dengan cara yang betul aku akan ikut.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

7 thoughts on “Siapa Otai Blogger

  1. aku tak peduli otai ke petai ker..janji ada bahan bacaan yg menarik hati aku..tu aku selalu baca..kalau asyik luahan perasaan cinta atau jual menjual barang..itu aku boh layan!

  2. bagi aku bro…tiada otai dalam dunia blog….kadangkala ada yang batu 2-3 bulan tulis blog mempuyai pengetahuan dalm it,sebab dia ada belajar…..bagi aku famous blogger mungkinlah..wujud…kalu otai..tak ada kot

  3. Pengetahuan blh dapat dari bacaan dan pengalaman jadi x smestinya orang pandai dlm bidang it sahaja boleh buat tutorial. Bagi aku tiada yg orang yang perfect, semua still masih belajar

Leave a Reply