Siapa Hendak Pakai Kabel?

Hari ini aku bukan hendak cerita TNB tarik kabel untuk penduduk kawasan orang asli or Telekom hendak ganti kabel fiber sekitar kawasan Lembah Klang. Kabel yang hendak aku cerita ini adalah cerita lama tapi masih ade lagi zaman sekarang. Istilah kabel ini banyak digunakan dalam permohonan kerja ataupun tender iaitu meminta pertolongan orang dalam untuk mendapat kerja atau tender.

Perkara ini sudah lama berlaku, tetapi masih aku tidak nampak keadaan ini akan berhenti. Istilah kabel ini banyak kita dengar bila kita menempuh alam perkerjaan. Bila kita ingin memohon sesuatu pekerjaan, orang akan tanya. “Ko ade kabel ker?” dan bila kita sudah dapat kerja itu orang akan pertikaikan “Ko pakai kabel yer?”.

Advertisement

Perkara ini selalu terjadi di sektor kerajaan. Mengapa sektor kerajaan banyak berlaku perkara ini? Mungkin permintaan untuk kerja banyak tetapi kekosongan sedikit, jadi terjadilah perkara kabel ini. Bagi yang tiada kabel, agak sukar untuk mereka untuk mendapat peluang temuduga apatah lagi kerja. Bagi yang ada kabel, ada sesetengahnya tanpa melalui proses permohonan dan temuduga terus mendapat kerja. Masalah ini membawa keburukan kepada organisasi tersebut.Antara keburukannya adalah:

  • Berlakunya rasuah
  • Berlakunya penyalahgunaan kuasa
  • Mendapat pekerja yang tidak berkualiti
  • Mendapat pekerja yang tidak menghargai kerja tersebut kerana mendapatnya dengan mudah
  • Pekerja yang berkualiti kini menganggur

Aku tidak tahu sampai bila perkara ini akan berlaku. Ini terletak pada mentaliti setiap orang. Jika mereka jujur dan amanah, perkara ini tidak akan berlaku. Jadi sama-sama renung-renungkan.

6 thoughts on “Siapa Hendak Pakai Kabel?

  1. Sangat tak suke org pakai kabel utk dpt position! Pdhl beratus2 yg lain kene interview! Yes, this is a direct insult to those yg jd PTD pakai kabel!

    Aku target PTD bcoz I indirectly know someone yg jd KABEL tu. @#$%^&*…

  2. setiap keje yang dapat melalui kabel adalah kesusahan kepada calon yang layak. oleh itu jangan pakai kabel. pakai la wifi. XD

  3. pakai wifi putus2.line x clear.antara dpt or x dpt.klu pakai kabel line clear.Kalau Bukan Streamyx, Tak Cukup Bagus.ngeee..

  4. benda ni xkan penah abis punye…bagi aku tu rezeki masing2..kalo pkai kabel rezeki dia la lahir dlm sedara mare "kabel" tu..kalo x pkai kabel pn rezeki dia :)

Leave a Reply