Keikhlasan Dalam Berblogging

Ramai rakan blog aku kena kondem atau kutuk dengan blogger lain. Selalunya mereka akan merahsiakan identiti diri bak kata pepatah Baling batu sorok tangan. Blogger yang selalu kena adalah dikalangan yang baru hendak atau yang sudah popular. Nasib baik aku tidak popular, jadi tidak kena dengan kesan ini.

Kenapa perkara ini terjadi? Bagi aku mereka yang jenis dengki dengan blog orang lain atau suka kondem orang ini adalah blogger yang tidak ikhlas. Sekadar berblog untuk mencari populariti atau keuntungan semata-mata. Jadi mereka agak dengki dengan blog-blog lain yang popular dan visitor blog dia berkurang.

Advertisement

Bagi aku, blog ini tempat aku bercerita, berkongsi ilmu dan meluahkan perasaan. Apa yang tulis dalam entry blog ini adalah dari diri kita sendiri. Jika mendapat kunjungan ramai dan mendapat keuntungan, itu adalah rezeki. Tapi kita jangan la berharap sangat, nanti hilang keikhlasan dalam menulis. Maka jadilah kes desprate cari visitor.Aku berpegang pada sharing is caring, ape maklumat yang aku dapat aku akan berkongsi dengan blogger lain.Insyallah.



Leave a Reply