Javascript

Lama aku tidak post coding-coding dalam programming. Sebab apa aku malas post? Sebab coding itu banyak boleh dijumpa di internet, lagipun aku juga mendapatkannya di internet. Cuma aku post kalau coding dia memang tiada di internet, kalau ada sekalipun tidak banyak.

Tapi hari ini aku bukan hendak berkongsi trick atau coding dalam programming. Tajuk sahaja macam itu, cuma aku hendak cerita keseronakkan menggunakan javascript sehingga membantutkan keseronokan orang lain.

Advertisement

Aku akui javascript ini memberi pelbagai kesan yang menarik dalam website or blog kita. Aku juga banyak menggunakan javascript dalam kerja-kerja programming aku seperti validate, jam, calendar dan pelbagai.

Tetapi di jika penggunaannya agak keterlaluan menganggu keseronokan pelawat mengunjungi blog/website kita. Seperti contoh alert box selamat datang, bye-bye, dan pelbagainya menjadi gangguan kerana apabile alert box keluar, semua fungsi dalam browser akan berhenti berfungsi. Ini akan mengganggu kepada mereka yang menggunakan tab.

Anda pernah lihat browser menjadi kecil besar kecil besar atau browser belari-lari. Nampak macam dasyat tapi bagi pengguna internet yang kurang mahir mengenai javascript akan berasa takut tentang keadaan ini. Jadi cepat-cepat mereka menekan button [X]. Selain itu status bar bergerak-gerak, memang nampak macam ‘cool’ tetapi agak annoying bagi sesetengah orang.

Tidak salah menggunakan javascript, tetapi kena berpada-pada atau mengikut keadaan. Jika terlalu banyak penggunaanya bukan sahaja mengganggu pelawat malahan melambatkan process loading jika terlalu banyak script untuk di ‘run’ atau script tersebut mempunyai error.



Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply