Isu Following Box Blogger

Following box juga boleh jadi isu? Aku juga tidak faham macam mana boleh jadi isu. Mungkin masih ada yang tidak faham fungsinya. Bagi aku, following box ini sama seperti fungsi bookmark dalam browser. Bezanya, bookmark hanya menyimpan link tetapi following di blogger menggunkan kaedah RSS Feed. Jadi kita akan lihat entry terbaru blog yang kita follow di Dashboard. Ini untuk memudahkan kita. Apa yang aku faham sama dengan apa yang diterangkan dalam Blogger Help

What is Following?

Advertisement

Do you have a favorite blog and want to let the author and readers know that you are a fan? Well now you can do that and more with the Blogger Following feature! You can even keep track of the blogs you follow via your Reading List on the Blogger dashboard.

Yang selalu menjadi kes ialah ‘i follow u,u follow me’. Pada yang follow aku, aku mintak maaf jika aku tidak follow blog anda. Aku akan follow blog yang aku minat dan sentiasa update. Cuba fikir balik, xkn kita hendak bookmark semua blog kita lawati, penuh bookmark browser kita.

Adakah semua blog yang anda follow anda lawati bila ada entry baru? Aku rasa tidak yang jenis follow beratus-ratus blog. Itu bermakna, anda sudah salah gunakan fungsi Following box dan Pengikut tidak setia. Tengok-tengok lepas entry ini muncul semua following box aku kosong.haha..Xper, janji aku menguraikan ape yang tersimpul.


Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Isu Following Box Blogger

  1. nice entri… aku akan follow je sape2.. kalau entri menarik, aku akan baca n komen… kdg2 kita tengok blog mcm tu je, then terus tekan pangkah… aku suka support blogger2 baru ni… bagi dorg smgt utk berblogging.. :D

  2. aku pun jarang follow org kecuali mmg aku suka baca blog tu or aku betul2 nak ikut perkembangan blog diorg… kalo blog yg cacamerba mmg malas la nak ikut…

Leave a Reply