Apa Yang Best Cerita Avatar?

 
Credit Mr. Google

Semalam aku berjaya juga menghabiskan menonton filem Avatar. Sebelum ini aku telah menontonnya tetapi separuh sahaja kerana jalan cerita agak membosankan. Aku boleh tengok cerita Transformers berpuluh kali tetapi tidak Avatar kerana bagi aku jalan cerita Avatar nampak mendatar. Tidak banyak action, action cuma bahagian penghabisan. Yang banyak ditonjolkan adalah pemandangan dan keadaan hutan. Ceritanya lebih dari 2 jam boleh membuatkan aku tertidur. Watak Avatar seolah-olah seperti alien juga kurang menarik minat aku. Itu bagi pendapat aku sahaja, pada peminat cerita ini jangan marah ya.

Apa yang best sangat cerita avatar ini sampai mengalahkan cerita titanic? Bagi aku jalan ceritanya sains fiksyen yang nampak biasa. Cuma yang membezakannya dengan cerita lain adalah CGI dia yang nampak real dan menarik. Mungkin cerita macam itu penonton lebih minati? Mungkin juga kerana kebanyakkan cerita yang menggunakan CGI akan mendapat kutipan tayangan yang amat memberangsangkan.

Advertisement

Di Malaysia penggunakan CGI dalam filem banyak, tetapi tidak mencapai tahap memuaskan. Masih nampak kartunnya seperti Cicakman, Antoo Fighter dan banyak lagi. Lagipun mereka mengharapkan CGI sahaja tetapi jalan ceritanya agak membosankan. Adakah dimasa akan datang khidmat pelakon tidak diperlukan lagi dan digantikan dengan CGI? Pelakon hanya menjadi model untuk mereka bentuk watak-watak dalam CGI.Siapa tahukan?


Leave a Reply