Trend Penulisan Blog

Satu hari aku blogwalking ke blog-blog orang lain. Mana yang aku minat untuk baca, aku akan baca. Blog jenis apa aku minat baca? Blog tentang kehidupan, tidak kira kisah duniawi atau akhirat. Tapi banyak jugak aku tengok blog menulis banyak menyetuh hal agama. Aku akan membacanya. Tapi kalau aku hendak post mengenai agama ini x berani pula sebab takut jadi ajaran sesat. Aku juga masih belajar.

Blog yang bagi perkhidmatan muat turun cerita atau lagu, aku sekadar tengok-tengok sahaja dan meninggalkan jejak sebab aku x berminat. Aku ada website lagi lengkap koleksi cetak rompaknya. Siap jadi special user lagi.haha..

Advertisement

Blog buat jualan juga banyak seperti onedrop, krim bagi dara balik, bundle, perkhidamatan untuk pengantin baru dan lain-lain. Blog ini tidak ada benda untuk dibaca cuma jika aku ada rasa hendak beli atau hendak kahwin, baru aku cari blog jenis ini.

Blog paling aku tidak suka dan selalu buat sepah dekat chatbox adalah blog skim cepat kaya. Kalau aku jumpa link kat blog aku, aku akan padam sebab aku declare sebagai spam. Sorry jika mana-mana agen terasa. Aku tidak mahu orang lain terpengaruh.

Antara blog-blog lain yang aku minat lawati adalah fotograpy, tips and trick, tentang kehidupan sendiri dan itu sahaja.hehe..Baiklah takat ini sahaja. Mari sama-sama kita tingkatan prestasi dan kurangkan kontraversi.Assalamualaikum..

2 thoughts on “Trend Penulisan Blog

Leave a Reply