SMS Lucah

Pernah anda semua menerima sms berbaut lucah? Dahulu banyak sms berbaur lucah yang banyak diterima oleh artis-artis kita. Sekarang perkara ini dah agak melampau sekarang sehingga iklan ke tahap itu. Seperti contoh sms yang aku kerap terima ini :

Kini anda boleh menikmati ‘video Biru’ model kami yg popular. Sila balas ya utk menerimanya. Amaran! Hanya utk umur 18 keatas!

Perkara ini aku anggap serius. Bayangkan anda tidak membalas mesej ini, anda tetap dicaj. Memang macam *tut* ini orang. Aku lihat SKMM seolah-olah pejam mata. Apa kerja mereka sebenarnya. Sebelum ini kes-kes hasutan dan penipuan di internet semua dilapor oleh pengguna bukan SKMM sendiri. Tiada pekerja yang memantau ke sibuk layan facebook.

Sekurang-kurangnya SKMM sediakan platform untuk buat aduan atau memberi maklumat. Ramai rakyat kita perihatin tapi tidak tahu dekat mana hendak mengadu. Seperti di maybank2u kita boleh mengadu menegenai phising website.

Seperti kes SMS ini, sudah tahap teruk. Tambah-tambah ramai pelajar sekolah menggunakan telefon bimbit. Mereka adalah golongon yang mudah terpengaruh. SKMM jangan amik sikap pejam mata sebab takut iklan pula ada adegan seks seperti negara luar.



Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.