Tips Jimat Minyak

Harga minyak naik lagi? Itulah keluhan yang selalu kita dengar setiap kali berlaku kenaikan minyak. Dulu mungkin untuk kereta Kancil 660 cc, RM 30 sudah penuh tangki, tapi kini RM 35 pun mungkin tak cukup. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjimatkan petrol kereta anda.

1. Elakkan menekan brek dengan keterlaluan jika tidak diperlukan kerana penggunaan petrol akan meningkat dengan cepatnya untuk meningkatkan kelajuan pada tahap biasa. Bukan itu sahaja, tayar kereta anda juga akan cepat haus dengan senangnya.

Advertisement

2. Selalulah memeriksa tayar kereta, adakah cukup angina atau tidak kerana berkemungkinan kekurangan angina akan menyebabkan penigkatan kadar penggunaan petrol sehingga 5 % dan tayar kereta juga akan cepat rosak.

3. Servis kereta anda selalu yang mana akan membantu enjin kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik terutama untuk perjalanan yang jauh. Servis kereta ikut jadual – kereta yang diselenggarakan dengan baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum.

4. Pastikan proses ‘tuning’ kereta dilakukan oleh pakar kerana kesilapan dalam melakukan ‘tuning’ akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan petrol sehingga 50 %. Selalu menukar spark plug sewaktu servis, kerana hal ini akan membantu menjimatkan petrol dengan banyak.

5. Elak guna klac terlalu kerap dan jangan tekan klac jika situasi tidak memerlukan. Gunakan gear neutral sewaktu berada di situasi lampu isyrat merah. Anda juga boleh mematikan kenderaan sekiranya pertukaran lampu isyarat terlalu lama. Gunakan gear yang betul dan sesuai mengikut kelajuan kenderaan. Elakkan kesesakan jalan raya, lagi lama tersangkut (engine idle) lagi makan minyak (kena tukar gear selalu).

6. Elakkn memusing stereng kereta anda tanpa keperluan kerana setiap kali anda lakukannya, akan menyebabkan penggunaan petrol. Jangan bawa banyak barang. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio – power kereta dah tetap, bila berat bertambah – nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat.

7. Selaraskan kelajuan kereta anda sewaktu pemanduan. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran enjin, kalau kereta biasa -80 % daripada campuran bahan api dibakar dengan sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90 % pakai high frequency converter dalam system spark plug seperti Stormberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak.

8. Kurangkan penggunaan penghawa dingin. Kalau boleh jangan hidupkan penyaman udara semasa kelajuan kereta rendah. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak seharusnya isi semasa pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat letak kereta di tempat redup boleh memberi pendekatan yang baik.

9. Jangan hidupkan enjin kereta anda dengan serta merta sebaik sahaja anda mematikannya kerana ianya akan meningkatkan kadar pengggunaan minyak malah boleh merosakkan enjin kereta.

10. Dengan pemanduan yang cermat pada kelajuan 90 km/j berbanding dengan 100 km/j, anda akan dapat menjimatkan petrol sehingga kadar 10 %. Pasang intercooler pada enjin kereta anda. Harus diingatkan bahawa bumbung yang berisi barang akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 5 % melalui pemanduan di lebuh raya. Dan jika roof rack kereta anda tidak berisi, lebih baik tanggalkan kerana, jika menanggalkannya, anda akan dapot menjimatkan minyak anda sehingga 1 %.



Leave a Reply