Polis DiRaja Malaysia

Aku balik kampung semalam. Aku dapat tahu bahawa adik aku telah disaman polis pada operasi malam tahun baru.Aku tanya emak aku, kena saman atas kesalahan apa? Emak aku cakap no plate hadapan motosikal tidak mengikut spekfikasi ditetapkan.

Untuk pengetahuan pembaca, aku bagi motosikal itu kepada adik aku. Masa aku gunakan dahulu, aku pernah tunggang dari Perak sampai ke Melaka. Berpuluh sekatan jalan raya tidak kira polis atau JPJ aku tempuh. Tapi tidak pernah aku menerima saman atau teguran mengenai no plate tersebut.

Yang jadi kemuskilan aku, kenapa adik aku kena saman. Salahkah pakai no plate jenis seperti sekeping papan. Jenis selalu motosikal lain gunakan. Adakah menggunakan sticker sahaja yang betul?

Bagai jatuh ditimpa tangga, lepas adik aku terima saman tanpa bantahan, seorang polis muda mematahkan no plate tersebut. Apa kes? Hendak jadi samseng? Adakah dengan pelajar sekolah hendak tunjuk belang? Adakah perkataan diraja itu membuat mereka rasa seperti raja?

Aku juga pernah lalui sekatan jalan raya. Aku perhatikan kebanyakkan penguatkuasa muda berlagak samseng bila tahan motosikal yang ditunggang oleh pemuda. Berlagak bagus dengan kuasa mereka ada. Bila cakap sikit melenting, bila suap diam.

Ingatlah tanggungjawab dan amanah rakyat letakkan. Kalau macam ini sikapnya, tugas anggota polis bukan dihargai malah dicaci. Aku cakap berdasarkan realiti. Bukan untuk menghina atau mengutuk cuma minta diperbaiki untuk memulihkan persepsi masyarakat kepada anggota polis. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.



Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.