Nik Aziz kecam penulis blog banyak mengumpat

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Petikan dari Berita Harian

Advertisement

Bagi aku mengumpat ini jenis yang cakap belakang. Tetapi dalam blog ini sebaliknya. Blogger menulis dan satu dunia boleh membacanya.Adakah ia dikategorikan mengumpat? Kita luahkan apa yang kita rasa dan apa yang kita lihat bukan tomahan tanpa asas. Itu diketegorikan sebagai pendapat atau pandangan bukan mengumpat.

Untuk posting aku, aku tidak mengecam sesiapa atau mengutuk sesiapa cuba aku bagi tahu pendapat aku dan tidak menujukan kepada sesiapa. Bak kata pepatah, sesiapa makan cili dia terasa pedasnya.Kalau tidak boleh terima tidak mengapa, kalau boleh terima alhamdulillah.

Tapi aku menyelar beberapa blogger yang membuat tuduhan secara melulu, hasutan dan menggunakan perkataan yang agak kasar. Tetapi bagi pembaca yang bijak, mereka tahu menilai sesuatu posting yang dibuat adakah benar atau tidak.Ia terletak pada pembaca itu sendiri kerana mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tidak.



Leave a Reply