Kutuk Sultan, Direman 4 Hari

Baru aku cakap sebelum ini. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kes terbaru seorang penulis blog direman empat hari kerana dalam penulisannya menghina Almarhum Sultan Johor.

Aku tahu, kadang-kadang kita tulis itu sekadar meluahkan rasa hati. Tapi kita perlu menapis apa yang kita tulis. Dalam tidak sedar, mungkin apa yang kita tulis itu menyebabkan orang lain terasa mahupun dianggap menghasut.

Advertisement

Seperti post aku sebelum ini, aku telah nyatakan kalau ikutkan hati mahu aku tulis apa yang tidak puas hati dan mengkritik apa yang aku rasa tidak betul. Bukannya kita perfect sangat tapi kita sedar menyedarkan. Tapi fikir tidak mahu tidur lokap, aku akan tapis apa yang patut.

Maka, marilah kita mengingatkan rakan-rakan blogger supaya menapis apa yang ditulis sebelum post. Pada rakan blogger yang lain, jika membaca apa yang salah, nasihatkan. Jangan terus hendak lapor polis. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita tulis itu betul. Jika nasihat tidak diendah, maka laporkan kepada polis.

Ingatlah bahawa apa yang kita tulis disini adalah tertakluk pada akta hasutan dan komunikasi dan multimedia.



Leave a Reply