Karnival Karangkraf 2010

Karnival Karangkraf 2010 akan kembali lagi menemui pembaca tersayang.

Tarikh: 29 Januari – 1 Februari 2010
Masa: 9.00 pagi – 7.00 malam
Lokasi: Kompleks Kumpulan Karangkraf
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Advertisement

Pihak Karangkraf mengambil langkah awal untuk menyokong usaha kerajaan dalam memperhebatkan budaya membaca di kalangan masyarakat tempatan. Dengan wujudnya program ini, ia bukan sahaja berjaya memupuk budaya membaca malah Malaysia akan melahirkan masyarakat yang bertamadun dan berilmu.

Bersama tagline “Membina Tamadun Budaya Membaca”, anda berpeluang membeli majalah, novel dan buku terbitan Kumpulan Karangkraf dengan harga diskaun sehingga 30%. Selain dari gerai jualan bahan-bahan bacaan ini. Terdapat juga gerai lain yang akan disediakan iaitu gerai pencetakan digital dan jualan iklan.

Anda juga berpeluang mendapat pelbagai hadiah menarik dan menyertai aktiviti-aktivitiyang dianjurkan sama ada dengan membeli atau pun melanggan produk terbitan Karangkraf. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk beramah mesra dengan editor majalah, penulis novel dan artis undangan pada hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawangan Karnival Karangkraf 2010 atau muat turun kalendar aktiviti disini

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply